" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Wednesday, June 1, 2016

Persediaan Bukan Untuk Manfaat Sebulan Ramadhan


"10 jam mahupun 17 jam ia bukan soal lama dan sekejapnya tempoh kita menahan lapar dan dahaga. Ia berkisar tentang masa yang kita boleh memanfaatkan sewaktu ramadhan."

Perancangan yang kita rancang untuk menghadapi bulan ramadhan bukan semata untuk sebulan tetapi untuk bulan-bulan selepas Ramadhan.


Oleh itu, siapkan awal-awal perancangan menghadapi Ramadhan. Penuhi tuntutan Al-Quran, Solat, Doa, Puasa Sedekah dan Khidmat Masyarakat dengan sebaiknya. Mulakan dengan warm up mulai hari ini. Tidak perlu gelojoh dan pecut terlalu laju. Target kita adalah rahmat, keampunan, dan taqwa. Maka, jalani dengan jiwa tenang. Moga natijahnya adalah Istiqamah.


Saya cadangkan page facebook  Saudara Muhammad Alshareef untuk membantu merangka perancangan ramadhan.


Abaikan hasutan yang kata “kau hipokrit”, “kau menunjuk-nunjuk”, “buat untuk ramadhan je ni”. Mulakan saja. Mana tahu dengan berkatnya ramadhan, amalan kita menjadi berkat dan dapat diamalkan sehingga bulan-bulan selepas ramadhan.


Kalau sebelum ni terabai tahajud, mulakan semula hari ini set alarm awal. Bila tersedar, rasakan sedar itu adalah sentuhan ALLAH buat kita. Kalau sebelum ini, ada hari kita tertinggal Al-Quran, letakkan target bila kita wajib baca dan rasakan isinya itu adalah mesej Dia kepada kita. Kalau sebelum ini makan banyak, cuba minimumkan dengan sebaiknya. Jika sebelum ini, kita berkira mengeluarkan sikit rezeki kita, mulai hari ini paksa diri kita untuk keluar seringgit dua. Yakini Rezeki Allah lebih Maha Hebat.


Moga Ramadhan ini dapat kita raid an jalani dengan penuh rasa syukur dan rasa kehambaan. Berkongsi sedikit pada semua, moga dengan berkatnya dapat memberi kekuatan pada saya untuk menjalani ibadah sebagai rabbaniyun bukan ramadhaniyun.


No comments:

Post a Comment