" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Tuesday, February 23, 2016

Peranan Anak Perempuan Itu Besar

"Irah, boleh cerita bagi ringkas tak apa perlu ada pada seorang anak perempuan yang bakal menjadi seorang ibu dan isteri", tanya Nureen.

Pertanyaan itu menjadi mudah bagi Irah atau nama panjangnya Munirah Muslehah. Baru sebentar entri Dr. Pahrol diintai sambil diamati sebuah cerpen ringkas namun padat intisarinya.

"Ringkasnya Nureen, wanita itu perlulah memiliki sifat kasih sayang kerana dia bakal menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya. Dan dia perlu ada sifat sabar yang tinggi kerana dia bakal menjadi seorang ibu yang super power menahan segala jatuh bangun anak-anaknya, sakit perit dirinya saat mengandungkan bakal ana-anak soleh dan solehahnya kelak" jawab Irah.

"Masyaallah besar peranan kita ni kan Irah...", ucap Nureen penuh bersemangat.

"Sudah tentu la Nureen", pintas Irah sambil tangannya diangkat seperti mengajak Nureen membina azam bersama menjadi seorang wanita yang kental jiwa dan fizikannya.

"Apa yang kita perlu lakukan sekarang ni Nureen sebagai seorang anak perempuan?', tanya Nureen bersahaja.

"Jaga maruah diri, malu dengan sifat mazmumah, didik diri dengan sifat pembersih dan kemas, perelokkan kecantikan diri dengan sifat-sifat mahmudah seperti malu dan lemah lembut" jawab Munirah ringkas tetapi padat.

"Allah. Banyak lagi Nureen perlu perbaiki sebagai seorang anak Irah, terima kasih Munirah untuk perkongsian tadi. Moga kita sama-sama koreksi diri kita bukan sahaja untuk anak-anak dan suami kita, tapi untuk masa depan Islam di tangan anak-anak serta keluarga kita" kata Nureen penuh pengharapan.

"Insyaallah Nureen. Saya minta diri dulu ya Nureen, Supervisor saya perlukan khidmat saya sebentar. Ada tugasan yang perlu saya selesaikan".

"Nureen pun ada kerja perlu disiapkan di sini. Sampai jumpa lain masa ya sayang. Assalamualaikum ...".


Pena Khatibatun Nisa'

Batu Caves, Selangor.

No comments:

Post a Comment