" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Tuesday, April 9, 2013

Perlukah Membaca ???

Sedang menunggu giliran :)


Ilmu haraki penguat diri, paksa diri hadam : D


Membaca ?
Perlukah membaca ?
Untuk apa?
Banyak lagi assigment kena siapkan? belum campur buku-buku tebal subjek sem ni.



1.Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu.
2. Ia menciptakan manusia dari sebuah darah beku.
3. Bacalah, dan tuhanmulah yang maha Mulia.
4.Yang mengajar manusia dengan pena.
5. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. 
( surah Al-'Alaq : 1-5:96)

Sememangnya menjadi satu tugas kita untuk mempertingkatkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik.
tak pernahkah sahabat-sahabat merasa kosong tanpa Ilmu di dada? Membaca juga makanan untuk diri dan Iman.
Buku-buku sejarah, sains, komunikasi mesti juga dibaca kerana menjadi satu tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan mahasiswa.

Ilmu Allah tersangatlah luas, nak tunggu kita habis baca buku akademik? memang kadang kala mengambil masa.
Bacalah walau sedikit ilmu-ilmu agama dan smpingan selain menuntut di Universiti atau di mana sahaja.

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi ini menjadi pena dan lautan menjadi tinta,ditambahkan kepadanya tujuh lautan setelah keringnya,nescaya tidak akan habis dituliskan kalimah-kalimah Allah.Sesungguhnya Allah maha perkasa dana Maha Bijaksana"
( Surah Luqman, 27:31)

kenapa perlu membaca?
1. Satu kewajipan
2. sebagai makanan hati dan Iman
3. sebagai senjata 


Dalam solusi keluaran beberapa tahun yang lepas,
saya terbaca berkaitan seorang yahudi yang berkata dalam sebuah buku :

 "yahudi tidak risau jika mendedahkan rahsia kami dalam penulisan ataupun buku, kerana kami tahu Orang Islam tidak suka membaca"

Akhir kata,

Bacalah 
duhai hati-hati yang dahagakan Ilmu,
tak kira Ilmiah mahupun haraki,
tak kita duniawi mahupun ukhrawi,
Ilmu ALLAH tersangatlah luas,
Ilmu duniawi sebagai senjata,
Ilmu Ukhrawi jambatan ke syurga.
Perkasa diri dengan ILMU.
Ilmu penghias diri sebagai AKHLAK,
Ilmu benteng diri, peneguh IMAN..






No comments:

Post a Comment