" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Monday, January 28, 2013

Impian Hujung Nyawa


بسم الله الرحمن الرحيم


Impianku hanya satu
Tika aku mati
tiada yang lain hanya satu
kematian yang baik 
husnul khatimah katanya

Namun saat diri ini ku intai,
terasa jauh dengan impian yang satu ini
Bila diri ini ku renung,
terasa penuh noda 
melalui kemuliaan saat rebah tak bernyawa
Bila diri ini aku nilai,
MALU nya aku dengan ALLAH
layakkah aku menggapai syurga,
redhaNYA ?

Redha yang aku nanti,
Syurga menjadi inspirai,
Mati yang baik menjadi impian,
Namun hati selalu lemas,
Amal masih tak terikat kemas,
Iman masih lemah..
Ya Allah , kuat, ketat ikat kemas hati ini dengan Mu..


Terasa cemburu dengan sahabat yang aku kenal sebentar sudah, dari kenalan yang sangat aku kagumi.Sangat ceria dan mengembirakan hati tika Allah melestarikan dia kehidupan Dunia.Kuat dan Bersemangat dalam dakwah.Moga Ruhnya ditempatkan dikalangan orang yang solehah :)

Al- Fatihah buat Permata ummah,Hajar
Hajar,
walau kita x pernah bersua muka,
dengar cerita kamu,
dari sahabat juangmu,
membuat aku membelek diri,
Perjuangan kamu jauh skali dengan ku,
Melihat saat manis berjuang dengan maut,
Buat aku sangat-sangat cemburu.
takut menyelubungiku,
persoalan berlegar-legar dalam mindaku,
Bagaimana matiku ?

Moga kita sama-sama ambil ibrah,jadikan kisah kematian yang indah sebagai motivasi untuk kita dapat kecapi bersama. Ikhlaskan setiap kerja, betulkan setiap niat kita.Jangan kita tergolong dalam kalangan yg di mention Allah, "....orang yang mengajar al-quran, tetapi hanya kerana ingin perlihatkan suaranya dihalayak ramai,..orang yang berjihad, tetapi semata-mata kerana nama ..."
Allahuakhbar .!!!





No comments:

Post a Comment