" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Friday, April 19, 2013

SEINDAH MAWAR DI TAMAN


Bismillahirrahmanirrahim ..
Terima kasih Allah masih mengurniakan kudrat berkongsi nikmatMu ...

Perempauan disinonimkan dengan bunga.
tapi kenapa sinonim dengan bunga sedangkan bunga akan layu,akan berubah warna ?hilang harum tiada wangi ?
Kita tersangatlah indah sehingga kita diibaratkan dengan sekuntum bunga.
Namun kita lebih indah dari bunga.Bila kita menjaga maruah dan adab kita.
Bila akhlak,maruah, hati dijaga pasti kita menjadi lebih berharga dari sekuntum bunga,
mekar wewangi hingga ke syurga.

"kadang aku sendiri sangsi dengan setiap langkah dan tindakanku,
melangkah tanpa yakin,
benarkah setiap tindak dan gerak geri ku ini menunjukkan aku seorang wanita solehah?,
Kadang aku jalani dengan yakin, tp pasti aku rasa resah,
kadang aku laluinya,tp ku sempat tersedar..
aku sendiri keliru,Mohon Allah tetapkan hatiku pd kebaikan selalu
semua ini ujian..
segalanya ujian Allah"

Wahai bunga indah yang didamba dunia,
menjadi perhiasan di alam fana',
basahkan bibir dengan zikrullah,
teguhkan hati dengan kalamullah,
hiasi diri dengan akhlak nan indah,
benteng diri dengan makrifatullah,
jadilah indah pada setiap
katamu,
langkahmu,
tingakahmu,
peribadimu,
Sungguh kaulah yang dijanjikan Allah
menjadi penghias di taman firdaus..

No comments:

Post a Comment