" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Thursday, January 17, 2013

Fall in Love

Bismillah,


Semua orang punya perasaan dan fitrah manusia untuk saling berkasih sayang.
Tapi yang saya nak tekankan di sini ialah cinta kepada Allah dan hubungan persahabatan.
Semua manusia boleh " fall in love " tapi bila tagline ini dijadikan kemanisan dalam perhubungan,
bila kita berpisah, kita akan salahkan orang lain. Bila berlaku ujian, kita akan lebih cenderung untuk kecewa dan mengalah.

Berubahlah dari " fall in love " kepada " learn to love" dalam membina sesuatu perhubungan.
Bila kita jatuh cinta kita akan jatuh jika cinta itu hilang dari diri kita, berlainan jika kita belajar untuk cinta.
Belajar adalah satu proses yang tak pernah berhenti dalam kehidupan. Kehidupan sangat perlukan kasih dan Cinta Allah dan manusia. Jadi ikatlah dalam hati bahawa sesebuah perhubungan itu adalah satu proses pembelajaran yang mesti kita update dan upgrade dari semasa ke semasa..

Cinta yang bawah dasar nafsu tidak akan membawa kepada kebahagiaan tetapi membawa kepada penyesalan. Cinta atas dasar belajar mampu beri kita kekuatan untuk terus berjaya mencapai Cinta yang hakiki :)


Apapun perhubungan yang dibina,
tanamkan kepercayaan,
semaikannya keran Allah.
Tapi andai perhubungan yg dibina terlari dari landasan,
kejujuran diperlukan,
perhunungan bukan stakat " fall in love tapi" learn to love"

No comments:

Post a Comment