" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Monday, January 14, 2013

Allah Is The Best Forever

Bismillah, Alhamdulillah,..Diberi kesempatan lagi daripada Allah untuk mencoret pengalaman untuk menjadi ibrah dan pengajaran buat sahabat -sahabat.



Pernah satu ketika,Allah mengujiku...

Ketika naik bas untuk pulang ke Maahad johor dari Plaza Angsana,dengan yakinnya saya masukkan sekeping duit kertas Rm1..setelah tiba di Maahad,tekak terasa haus lalu ku buka purse,alangkah terkejutnya bila Rm 1 shaja yg tinggal dlm beg duitku. mana rm50? Nampaknya dah selamat masuk dlm kotak bus ting tong.Allah mengujiku..dalam masa yg sama, baru aku sedari yang Allah dari awal dah beri hint .

Semasa di Plaza Angsana dalam kedai buku, saya beli buku "musibah itu Ujian".Pada saat tu terasa begitu besarnya kuasa Allah..Allah dah bekalkan ubat sebelum sakit..Padahal pada waktu itu tidak sungguh-sungguh berminat untuk beli buku berkenaan.

Beberapa hari kemudian, setelah dipaksa oleh kawan untuk masuk satu pertandingan..saya akur untuk terima,,tanpa persediaan yang cukup dan kelemahan mengingat yg kuat,..aku gagahkan jugak..akhirnya tanpa diduga..menang tempat ke-2..hadiahnya bernilai rm100..


kata seorang sahabat "kita pun tak agak yg kamu akan menang,tapi inilah kehendak Allah!"..Ya Allah,dia pulangkan balik duit aku (jika dilihat dengan mata hikmah)



p/s : bukan berniat utk menzahirkan cerita diri.tapi lihatlah sahabat,Allah itu Maha Hebat..Yakinlah setiap musibah itu adalah ujian utk hambanya, lulus dan gagal,menang dan kalah,sakit dan sihat adalah ujian Allah..Allah maha penyayang..jadi jangan takut jika kita diuji atau kehilangan sesuatu yang pada kita ada harga dan nilai..hebatkan DIA?


Buku yang dibeli sebelum kejadian,
Allah Maha Tahu

No comments:

Post a Comment