
Kedua , saya kagum kerana sekolah siap sedia menyediakan tikar getah untuk para pelajar menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Begitu besar komitmen Maahad Johor dalam melahirkan ulama' yang benar-benar soleh dan bertaqwa.
Ketiga, saya kagum kerana perhimpunan para pelajar dan para mualim begitu gah pada pandangan mata dan hati saya. Pidato guru dan pelajar dalam lughah arabi.Kadangkala bahasa Inggeris.Satu kekagumanku adalah semua yang hadir membawa senaskah Al-Quran untuk sama -sama memperdengarkan dan membaca Al-Quran.
Sebelum ke sekolah, kami akan mengadakan tajamu' di math'am.Setip pagi kecuali hari isnin akan ada tajamu'dan kami akan baca asma' ul husna dan baca doa wehdah beramai- ramai sambil membina rabhitah antara kami.
Setip minggu boleh outing adalah satu kekaguman juga buat saya dan teman-teman.Mungkin sekolah bertujuan untuk mengelakkan pelajar dari melakukan kesalahan. Tapi yang menjadi satu kehairanan ialah budak johor bahru jarang pula outing dan ada juga yg tidak pernah keluar.
Akhir sekali, pelajar teruja kerana di asrama ada kantin atau maksaf yang sentiasa membuka tirainya untuk memenuhi perut pelajar aspuri.Tiada lagi istilah kelaparan di asrama... :)
No comments:
Post a Comment