Ustaz Adam : " Seberat-berat dakwah adalah kepada ahli bait !!! "
Tidak dapat dinafikan apa yang telah ustaz adam pesan kepada kami tempoh hari.Setelah menetap hampir sebulan di Maahad Johor saya mengakui amat berat untuk melayari bahtera kehidupan di sini. Di Maahad Johor, semua pelajar majoritinya adalah sebaya.Jadi, kadangkala, saya dan rakan -rakan rasa amat berat untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kami.
Benarlah kata seorang daripada temanku, " Allah ingin menguji kita, Semakin kita besar, tentulah semakin besar ujian Allah " . Allah memang Maha Adil kepada hambanya.
Banyak sebenarnya yang perlu kami perbetulkan dari teman-teman kami. Maklumlah,masing-masing dari pelbagai latar belakang sekolah.kami akui diri kami juga belum habis untuk diislahkan. Tapi kenapa begitu sukar untuk meluahkannya. saya ingat pesan sariyah " Kita hanya memerlukan sedikit keberanian sahaja sebenarnya untuk menegur orang ".
Kalau ikut logiknya, sepatutnya pada umur 18 tahun masing-masing telah tahu apa yang baik dan buruk dan patut diikuti.Sayangnya, saya dan teman seperjuangan melihat yang sebaliknya. Tetapi tidak semua begitu..Semoga Allah memberikan kami kekuatan dan hidayah...
Jangan risau.
ReplyDeleteMajoriti ikut peraturan cuma sekelompok kecil shj yg akan selalu meresahkan kita.
Terus thabat dlm kerja kenabian. (:
Allahuyubaariku fikk..
benar sahabat...
ReplyDeletehanya segelintir shj...
kecil itu lah juga mendekatkan kita pada Allah..
Insya Allah