" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Thursday, December 23, 2010

Penulis Blog Mesti ....

Semasa menemani ibu di hospital, sempatlah juga membelek buku Novel Pujangga Melayu : Citra Pujangga karya Mohd. Affandi Hassan.Tak habis-habis membaca buku yang setebal 714 muka surat ni.Bila lah nak habis sebab novel ni memerlukan fokus untuk faham jalan ceritanya supaya ia menarik.

aku tertarik dengan bidasan dalam karya pengarang ni.Perbahasan mengenai sasterawan dan pengarang membuka kotak pemikiranku. Pada  pendapat aku , bukan sama ke sasterawan , pengarang, penulis atau apa-apa sahaja yang berkaitan.Tapi rupanya ia totaly different.Sasterawan hanya membincangkan sesuatu perkara dengaaan remeh temeh dan bersahaja. Mereka tidak membahaskan suatu topik dengan bersungguh-sungguh. Lain pula dengan pengarang, mereka membahaskan sesuatu perkara atau topik dengan terperinci dan penuh taklif.

Kesimpulannya, sebagai pengarang, penulis mahupun penulis blog, kita hemdaklah melontarkan pendapat atau membicangkan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan menaggap penulisan sebagai satu ilmu yang perlu dikongsi bukan hanya sekadar bahan tayangan atau coretan... ; )




3 comments:

  1. mujahadah seorang mujahidDecember 23, 2010 at 1:58 AM

    trima kasih atas ingatan kpd smua pnulis blog..bersama2 berdakwah..moga2 sampai mesejnya kpd pembaca...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Nisah
    syukran jazilan tas ingatan ini,
    "sebagai pengarang, penulis mahupun penulis blog, kita hemdaklah melontarkan pendapat atau membicangkan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan menaggap penulisan sebagai satu ilmu yang perlu dikongsi bukan hanya sekadar bahan tayangan atau coretan."
    setuju atas pandangan di atas,cuma kadang kala penulisan akak tak lahir dari hati.

    ReplyDelete
  3. salam,

    susahnya nak menulis dari hati..
    dan menyampaikan dengan secara terperinci.
    huhu..

    doakan ye..
    ;(

    ReplyDelete