Dalam surh al- Baqarah ada menyebutkan bahawa puasa akan menjadikan kita orang yang bertaqwa. Oleh kerana taqwa itu begitu mahal harganya, maka mendapatkannya tentulah sukar. Namun atas kasih sayang Allah dibukakan tawaran istimewa untuk hambaNya memperoleh taqwa dengan lebih mudah pada bulan Ramadhan berbanding bulan yang lain. Inilah juga pakej yang sangat diburu oleh para salafusoleh.jadi bagaimana kita nak pastikan mutiara taqwa itu kita miliki pada buan Ramadhan?:
Golongan orang yang berpuasa pada bulan ramadhan ada tiga:
• Golongan bawah : orang – orang biasa.puasanya hanya tidak makan dan
(عوام ) minum.
• Golongan اهل الحوس : tahan dari makan dan minum serta tahan pancaindera.
• Golongan اهل معرففه :tahan makan danminum serta tiada sifat mazmumah tahan ancaindera dari melakukan maksiat semata – mata mencari redha Allah bukan takut kepada neraka Allah.
Bagaimana nak puasa pancaindera?
sebelum puasa – melatih diri menjaga pancaindera termasuk hati.
Berkawan dengan orang yang positif (yang ingatkan kepada perkara yang bermanafaat)
Isi waktu dengan baik.
Elakkan perkara lagha.
Apa kesan kalau tak jaga pancaindera?
# Sabda nabi s.a.w : " berapa ramai yang berpuasa tetapi hanya mendapatkan lapar
Dan dahaga sahaja"
# Bimbang kita tak dapat keampunan dan rakhmatNya.
Bagaimana nak elak mengumpat?
Nak ke kita makan daging sedara seislam kita sendiri?
• fikir apa kesannya.-beleh bawa gaduh dan jika ianya tidak benar boleh jadi fitnah.
• kalau da yang mengumpat, tanggungjawab kita untuk mengatakan " maaf, jangan mengumpat , tak baik tau…Allah Dengar dan Melihat " atau " Astagfigullah …kawanku ngumpat dosa la…lagi2 tengah posa posa nie"
• mengumpat boleh mengakibatkan orang berfikiran negative kat kita da menjadikan oaring yang dengar umpatan kita tidak respect kat kita.
Bagaimana nak berhibur pada bulan ramadhan?
dengarlah IKIM.FM (106.2) iklan kejap….
Baca Quran.
Baca novel atau bahan bacaan agama ( pergilah library bamyak buku yang bermanafaat antarannya buku Ramadha Tetamu yang Dirindui…dll.) sambung usaha Bella promote pustakaan..
Berekriasi .
Bersedekah .[belanja kawan] sabda nabi s.a.w: " bebasilah dirimu dari api neraka Walupun dengan sebiji tamar " [macam hadis F4, nak tau lebih Tanya akak form 4 ]
Berzikir dan berselawat.
Beriktikaf
Solot jama'ah [ingat lagi tak denda apa kalau tak solat jamaah...]
Hadiri majlis ilmu. ( rasulullah pernah masuk dalam masjid dan terlihat ada 2 kelompok ,satu orang yang sedang berzikir lantas rasulullah kata semoga Allah mengampuni kalian dan sekelompok lagi orang yang sedang ta'alim. Rasulullah punberkata kepada mereka semoga Allah tunjukki kalian jalan yang lurus lantas baginda duduk dalam mjlis ilmu itu]
Qiamullail (tak payah nak tanya bila lailatulqadr buat sahaja qiamilail, kita bukan selalu pon buat ibadah & buat dengan ikhlas nescaya Allah akan ampuni dosa yang lalu)
Membantu orang < kalau Bantu orang nanti kan Allah Bantu 1000 keperluan kita diakhirat>
Puasa dapat nenghalang daripada sifat- sifat tercela..
# makan banyak.[boleh akibatkan hati mati ]
# gemar bercakap yang sia –sia.
# marah [salah satu pintu syaitan ke hati]
# hasad dengki [penyakit hati]
# kedekut
# bermegah dengan dunia.
# حب الدنيا(cintakan dunia)
# sombong
# riya'
" YA ALLAH, KAU BAIK ..DOSA KAMI BANYAK YA ALLAH.. TAPI KAMI TAHU KEAMPUNANMU LAGI BESAR DARI SEGALANYA KERANA ENGKAU MAHA PENGAMPUN.AMPUNI KAMI YA ALLAH. GOLONGKAN KAMI DALAM GOLONGAN YANG ENGKAU REDHAI DAN RAHMATI YA …TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS SEGALA NIKMATMU.."
Sabda Nabi s.a.w.; sekirannya umatku taku kelebihan ramadhan tentu umatku nak sepanjang tahun itu ramadhan" jadi saudaraku sekalian …marilah kita lalui ramadhan kali ini dengan penuh keikhlasan ,keinsafan dan penuh makna…
1 رمضان1431
فتيكن باهن دري تدكره IKIM , مجا له ANIS كلوارن شعبان , بوكو مرائه جينتا الهي.
No comments:
Post a Comment