Alhamdulillah..
bersyukur pada Illahi dapat juga aku menyempurnakan 1 Ramadhan hari ini.
ramadhan kali ini lebih terasa syahdu..
mungkin dapat sama-sama dengan family, solat terawih dengan keluarga di masjid
hati bertambah syahdu bila dapat sujud di masjid,melihat berbaris-baris saf jamaah menunaikan solat isya' dan terawih bersama-sama.
teringat kat kawan-kawan pun ada...
apa yang dikesalkan ialah..
apabila melihat saf yang dibina oleh jamaah muslimat kelihatan lompong-lompong...
bukan kerana tidak ramai orang, tetapi kerana mengejar keselesaan dan pentingkan diri sendiri ( agak melampau andaian aku )
apa nak buat ya ??
macam mana nak kawal ?? aku bukan ahli jawatankuasa surau pun. mungkin risalah dapat bantu...
walaubagaimanapun aku akan berusaha dan kuatkan diri untuk bantu jamaah dekat surau ni..macam budak besar pula...
perlu diingatkan kepada semua, ini adalah tanggungjawab sosial..lagi-lagi bulan ramadhan yang mulia ni.bukan hanya mengejar ibadah untuk diri sendiri sahaja.sama-sama kita bantu antara satu dengan yang lain..
SELAMAT BERAMAL!!! moga kita kan dapat taqwa, rahmat dan maghfirahNYA..
No comments:
Post a Comment