" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Tuesday, August 10, 2010

MEMPERKASA HUJUNG MINGGU


     
MEMPERKASA HUJUNG MINGGU : Kemandirian, Disiplin, Kebersihan.
      Acapkali kita melayan kelelahan dan kepenatan kita pada hujung minggu setelah lima hari bersekolah dan bekerja. Hujung minggu selalunya menjadi waktu yang kita impi-impikan.
Ramadan. Kedatangannya amat dinantikan. Sebagai pelajar yang berlatarbelakangkan pendidikan agama, sedikit sebanyak telah mengetuk ruang fikir kita. Justeru, hati kita turut terkesan. Fikir kita selama ini kotor, hanyut, dan penuh kepalsuan. Jika fikir kita punah, apatah lagi dengan zikir kita. Segalanya musnah kerana kita leka dalam buaian nafsu kita sendiri.
     Dengan perkongsian ilmu dan pengalaman dari naskhah biasa ini, kita sepatutnya telah kembali membuka mata yang selama ini 'sengaja' kita pejamkan. Bukan kerana kita masih anak kecil yang baru dilahirkan, tapi kita adalah si lewat usia yang senantiasa hanyut dalam dunia fana'. Maka, segalanya membuat kita terpejam. Bukan sehari dua, tapi tersangat lama. Kita dilalaikan oleh tipuan dunia tanpa menyedari hakikat kebenaran. Yang salah kita anggap betul dan begitulah sebaliknya.
          Ramadhan Karim ini :
1.       Berusaha untuk memanfaatkan waktu sebaiknya.
2.       Mengurangkan menonton televisyen.
3.       Meringankan tulang membantu bagi yang memerlukan.
4.       Membaca  buku ilmiah dan pelajaran.

Jadikanlah waktu lapang pada bulan Ramadhan dengan sebaiknya.
Elakkan dari membuang masa...
Ramadhan yang hadir adalah untuk dirasai dan dinikmati,
bukan sekadar melintasi tanpa ada penghayatan..

No comments:

Post a Comment