firman Allah yang bermaksud;
لاَ يُكلٌفُ الله نفسا الأ وُسعَهَا
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "[ 2 : 286 ].
Allah dah tau apa yang terbaik dan yang mampu hambaNya lakukan.teringat saya pada beberapa orang saat saya menulis ayat ni.semoga Allah memberi kemudahan kepada mereka.kadangkala, kita akan merasa yang kita ni tak mampu untuk jalankan tugas dan tanggungjawab yang Allah berikan kepada kita.memang ianya terlalu berat buat diri kita yang lemah ni.Allah berfirman lagi yang bermaksud:
"sungguh aku ciptakan manusia dengan sebaik-baiknya"[ 95:4 ]
Apa kaitannya dengan ayat diatas? ada kaitannya. kita rasa kita tak mampu nak jalankan sesuatu tugas atau taklif yang Allah berikan.tapi adakah betul- betul kita dah gunakan segala macam nikmat Allah yang ada pada kita.Allah bagi kita akal untuk kita berfikir dan membezakan yang baik dan yang buruk, yang relevan tau tidak dan lain-lain lagi.manusia itu ciptaan terhebat kerana adanya akal pada diri mereka.tapi kenapa masih kita kata tak mampu?mungkin kerana lemahnya keyakinan kita semua pada Sang Pencipta.Jadi konlusinya disini, kita kena sama-sam yakin pada Allah atas segala tanggungjawab dan masalah yang ada pada diri kita.gunakan segalanya yang ada pada diri kita.dan ingatlah Allah berfirman dalam surah al Baqarah;
"diwajibkan keatas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, Sedang kamu tidak mengetahui" [ 2:216 ].
Tidak semestinya apa yang kita tidak suka itu, tidak baik pada diri kita.boleh jadi baik sisi Allah dan diri kita.fikir-fikirkan.Selamat Beramal.
No comments:
Post a Comment