Beberapa minggu yang lepas aku mula belajar mengaji semula.Nampak macam berada zaman tadika semula tapi inilah kenyataan.lagipun memang perlu sangat.Pada asalnya, niat untuk mengulang hafalan surah tetapi selepas habis mengulang dengan ustaz Zulkarnian buat kali pertama, aku mula tekad untuk ulang hafazan sambil betulkan bacaan yang tunggang-langgang.Memang ada perasaan malu dan takut dalam diri, bayangkan umur sudah mencecah 17 tahun tetapi bacaan quran masih begini dan begitu.Walau macam manapun aku pecahkan juga tembok malu yang terbina dalam diri dan keyakinan mula terbina.
Kadangkala memang rasa berat dan letih untuk ulang dan teruskan hafalan,[sebab diri ni memang lemah]mana taknya dengan jadual yang agak padat.tapi memang kena letih dan penat.Mungkin inilah cara untuk aku betulkan diri lebih-lebih lagi solat.
Terima kasih juga buat ustaz yang banyak membantu.
No comments:
Post a Comment