" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "
Showing posts with label LAMAN UTAMA. Show all posts
Showing posts with label LAMAN UTAMA. Show all posts

Thursday, August 18, 2016

Trafalgar Square, London

Surah Al-Hajj (22: 46), Allah berfirman yang terjemahannya: Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dada.



Tempat ini merupakan tempat bersejarah bagi mengingati Pertempuran Trafalgar. Terdetik untuk kesini pada awalnya kerana ia merupakan salah satu tempat tarikan masyarakat Inggeris dan pelancong untuk berkumpul dan menikmati aktiviti-aktiviti yang ada disini.

Apa yang menariknya, Trafalgaq Square ini sangat meriah dengan aktiviti-aktiviti seni jalanan. Ada yang membuat pertunjukan lawak, ada yang membuat lukisan di atas jalan dengan pelbagai bentuk dan warna dan yang menarik lagi terdapat street artist yang mengenakan kostum berdiri secara terapung.

Selain itu, Trafalqar Square ini juga dikenali sebagai sebuah tempat berkumpul masyarakat Inggeris untuk menjalankan demontrasi atau luah perasaan. Sesiapa sahaja bebas untuk menyuarakan pandangan dan kritikan mereka di sini.





Tak salah rasanya jika idea sebegini dapat diaplikasikan di bandar-bandar Malaysia. Mungkin untuk mengetengahkan nilai dan budaya yang ada di malaysia selain dapat membuka peluang kepada masyarakat untuk voice out idea dan pandangan dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat. Boleh la isi masa lapang anak-anak muda yang duduk bersahaja di ibu kota.

Wednesday, July 20, 2016

Cerita Birmingham 1 : Charity Car Wash by Firefighters

Salah satu perkara yang menarik perhatian saya di Bumi Birmingham ini ialah usaha kerja-kerja amal yang dijalankan oleh pelbagai pihak. 

Kali ini, saya berminat untuk berkongsi salah satu kumpulan kerja amal yang amat menarik perhatian saya ketika berhenti di hadapan sebuah Balai Bomba sekitar Selly Oak, Birmingham.


Pak cik dan Mak cik pun berbual-bual tentang charity car wash. Kata Pak Cik, Charity Car Wash dekat sini ada setiap Sabtu. Mula-mula rasa biasa lagi. Saya fikir biasa-biasa sahajalah memandangkan semua kelompok sukarelawan biasa memang ada buat kerja macam ni even di Malaysia pun ada juga.

Tiba-tiba Mak cik kata, "Abang-abang sado pulak tu yang basuh kereta."

Saya fikir kenapa dengan abang sado?

" Itu semua abang-abang bomba la. Diorang akan buat Charity Car Wash setiap hari Sabtu", terang mak cik lagi.



Kalau yang ni, memang sangat-sangat terinspirasi. Pegawai bomba yang organize buat charity. Fikir saya bagus juga mengisi masa lapang pegawai-pegawai bomba ini. Sambil-sambil air simpanan tangki bomba tu guna untuk something yang bermanfaat. Tak terfikir la mereka semua tu adalah pegawai bomba, sebab bangunan balai bomba dia simple je. Tak nampak la warna merah-merah macam dekat malaysia.

Balik buat research sikit berkaitan car wash ni kan. Rupanya memang firefighters United Kingdom ni ada buat charity event tertentu. Ada charity shop juga. Menarik!



Wednesday, June 1, 2016

Persediaan Bukan Untuk Manfaat Sebulan Ramadhan


"10 jam mahupun 17 jam ia bukan soal lama dan sekejapnya tempoh kita menahan lapar dan dahaga. Ia berkisar tentang masa yang kita boleh memanfaatkan sewaktu ramadhan."

Perancangan yang kita rancang untuk menghadapi bulan ramadhan bukan semata untuk sebulan tetapi untuk bulan-bulan selepas Ramadhan.


Oleh itu, siapkan awal-awal perancangan menghadapi Ramadhan. Penuhi tuntutan Al-Quran, Solat, Doa, Puasa Sedekah dan Khidmat Masyarakat dengan sebaiknya. Mulakan dengan warm up mulai hari ini. Tidak perlu gelojoh dan pecut terlalu laju. Target kita adalah rahmat, keampunan, dan taqwa. Maka, jalani dengan jiwa tenang. Moga natijahnya adalah Istiqamah.


Saya cadangkan page facebook  Saudara Muhammad Alshareef untuk membantu merangka perancangan ramadhan.


Abaikan hasutan yang kata “kau hipokrit”, “kau menunjuk-nunjuk”, “buat untuk ramadhan je ni”. Mulakan saja. Mana tahu dengan berkatnya ramadhan, amalan kita menjadi berkat dan dapat diamalkan sehingga bulan-bulan selepas ramadhan.


Kalau sebelum ni terabai tahajud, mulakan semula hari ini set alarm awal. Bila tersedar, rasakan sedar itu adalah sentuhan ALLAH buat kita. Kalau sebelum ini, ada hari kita tertinggal Al-Quran, letakkan target bila kita wajib baca dan rasakan isinya itu adalah mesej Dia kepada kita. Kalau sebelum ini makan banyak, cuba minimumkan dengan sebaiknya. Jika sebelum ini, kita berkira mengeluarkan sikit rezeki kita, mulai hari ini paksa diri kita untuk keluar seringgit dua. Yakini Rezeki Allah lebih Maha Hebat.


Moga Ramadhan ini dapat kita raid an jalani dengan penuh rasa syukur dan rasa kehambaan. Berkongsi sedikit pada semua, moga dengan berkatnya dapat memberi kekuatan pada saya untuk menjalani ibadah sebagai rabbaniyun bukan ramadhaniyun.


Thursday, February 25, 2016

Kekuatan Mujahadah Perlu Dibina

Baru sahaja Munirah Muslehah berkongsi cerita mengenai seorang sahabat yang enam tahun berperang dengan mujahadah hati menyukai mana-mana lelaki, akhirnya dia kalah dalan pertembungan itu lantas menguasai hidupnya sehari-hari.

"Betul Irah, payah benar membina benteng itu. Kadang payah menjaga iman, perlu kekuatan mujahadah. Kadang yang datang itu bukan yang sempurna di telinga, tetapi sempurna pada mesranya kata-kata, sempurna pada setiap peduli yang membohongi mata. Sukar mencari yang serius. Yang ada menjengah pun mungkin yang hanya mahu mengisi masa lapang mereka. Hanya Iman yang menjadi peneman. Mahu diturutkan atau dibiar sahaja"


Bila habis baca perkongsian Munirah Muslehah,teringat pula Nureen akan topik mujahadah yang dibacanya minggu lepas.

Imam Al-Ghazali ada menyebutkan :
"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin"

"Inilah dia mujahadah Irah. Dalam buku Soalnya Hati karangan Ustaz Pahrol ada menyebutkan, topik mujahadah dan kesannya ini semakin tidak dibincangkan. Mungkin dek kerana kesibukan ummat yang sudah terumbang ambing dalam gelora dunia"

"Nureen, macam mana nak konsisten dalam mujahadah?" tanya Irah.

"Irah, ada tiga kategori orang yang bermujahadah ni. Pertama, dia yang mudah kalah. Mereka ini ialah orang yang sudah dikerumuni hawa nafsu sehingga sukar baginya melawan segala mehnah dan payah. Kedua, golongan yang sentiasa bekerja serta berperang untuk meruntuhkan hawa nafsunya. Mereka ini sedang bekerja untuk meruntuhkan tembok kezaliman yang menganggu keteguhan imannya saban waktu. Dan yang terakhir, Golongan yang telah menang, iaitu golongan yang telah berjaya menguasai hawa nafsunya daripada merajai iman mereka" 

"Allah Nureen, jauh dan tinggi manakah mujahadah kita?. Moga kita dalam golongan yang kedua dan menjadi golongan yang ketiga itu Nureen" Irah berseloroh tanpa riak.

"Dalam nak meruntuhkan hawa nafsu kita perlukan konsistensi dalam beberapa perkara. Perkara ini tidak boleh di ambil sambil lewa dan buat ikut mood sahaja. Nafsu itu umpama binatang buas. Apa yang menjadi makanannya perlu disekat dan yang menjadi penenangnya perlu diberikan".

"Amatlah benar Rasulullah s.a.w menganjurkan kita berpuasa. Salah satu punca memuncaknya hawa nafsu adalah perut. Selain itu, pandangan mata juga harus ditundukkan, telinga perlu dibataskan dengan perkara yang baik-baik, mulut perlu ditahan dari berkata yang tidak membawa kesan pada diri dan orang lain dan hati perlu sentiasa dijaga dari dimamah sang sifat mazmumah"

Termusahabah Nureen sewaktu membaca yang perut itu adalah makanan besar juga pada nafsu. Tunduk dan akur. Patutlah kenyang itu memungkinkan diri Nureen untuk bermalas-malasan. Kenyang dan akhirnya mengantuk, dan terus tidak berdaya melakukan apa-apa perkara melainkan baring dan membuka komputer riba. Kadang-kadang sehingga tertidur dek sibuk ziarah alam maya yang kononnya satu pahala, sedangkan solat jadi lewat, al-quran baca jadi singkat....

"Selain menyekat nafsu dari terus memamah iman kita, nafsu itu perlu terus dilemahkan dan dibebankan dengan ibadah. tidak kiralah solat, zikir mahupun ibadah yang lain-lainnya. Jangan lepas Allah dari hati kita. Cuba dan terus cuba. Bukankah kita mahu jadi golongan kedua dan ketiga seperti yang Nureen cerita tadi"

"Akhir sekali, serahkan kepada Allah semuanya. Banyakkan berdoa dan terus berdoa" pinta Nureen Ibtisam dengan senyuman.

"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk memperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah seaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku..." Doa mereka berdua sebelum perbualan mereka ditamatkan. 


Pena Khatibatun Nisa'
9.40 AM
Batu Caves, Selangor.

Tuesday, February 23, 2016

Peranan Anak Perempuan Itu Besar

"Irah, boleh cerita bagi ringkas tak apa perlu ada pada seorang anak perempuan yang bakal menjadi seorang ibu dan isteri", tanya Nureen.

Pertanyaan itu menjadi mudah bagi Irah atau nama panjangnya Munirah Muslehah. Baru sebentar entri Dr. Pahrol diintai sambil diamati sebuah cerpen ringkas namun padat intisarinya.

"Ringkasnya Nureen, wanita itu perlulah memiliki sifat kasih sayang kerana dia bakal menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya. Dan dia perlu ada sifat sabar yang tinggi kerana dia bakal menjadi seorang ibu yang super power menahan segala jatuh bangun anak-anaknya, sakit perit dirinya saat mengandungkan bakal ana-anak soleh dan solehahnya kelak" jawab Irah.

"Masyaallah besar peranan kita ni kan Irah...", ucap Nureen penuh bersemangat.

"Sudah tentu la Nureen", pintas Irah sambil tangannya diangkat seperti mengajak Nureen membina azam bersama menjadi seorang wanita yang kental jiwa dan fizikannya.

"Apa yang kita perlu lakukan sekarang ni Nureen sebagai seorang anak perempuan?', tanya Nureen bersahaja.

"Jaga maruah diri, malu dengan sifat mazmumah, didik diri dengan sifat pembersih dan kemas, perelokkan kecantikan diri dengan sifat-sifat mahmudah seperti malu dan lemah lembut" jawab Munirah ringkas tetapi padat.

"Allah. Banyak lagi Nureen perlu perbaiki sebagai seorang anak Irah, terima kasih Munirah untuk perkongsian tadi. Moga kita sama-sama koreksi diri kita bukan sahaja untuk anak-anak dan suami kita, tapi untuk masa depan Islam di tangan anak-anak serta keluarga kita" kata Nureen penuh pengharapan.

"Insyaallah Nureen. Saya minta diri dulu ya Nureen, Supervisor saya perlukan khidmat saya sebentar. Ada tugasan yang perlu saya selesaikan".

"Nureen pun ada kerja perlu disiapkan di sini. Sampai jumpa lain masa ya sayang. Assalamualaikum ...".


Pena Khatibatun Nisa'

Batu Caves, Selangor.

Tuesday, December 1, 2015

Ingat Mati Agen Perubahan

Mati bukan satu tujuan
tetapi satu laluan
yang bukan sekadar gurauan 
tetapi sebuah kenyataan

Sekadar ingin berkongsi sebuah pengalaman selepas acapkali pada minggu ini melihat sahabat-sahabat laman sosial tidak kira instagram, facebook dan wechat berkongsi mengenai kematian. Benarlah sabda Rasulullah :

"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." 
( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy ) 


Perkongsian ini saya ambil dari sedutan kehidupan orang yang dekat dengan saya, jauh dari sudut hati saya amat mengharapkan satu perubahan dalam diri dia. Bukan dia seorang yang tidak baik, tetapi ada dalam diri saya,untuk melihat dia berada satu tahap yang lebih baik.

Cukup saya namakan dia dengan panggilan Umar.

Umar. Tegas orangnya dan tidak pernah mahu mengalah dalam apa hal sekalipun. Suka memendam rasa namun saya yakin dia seorang yang cukup penyayang. Kadangkala, sikapnya sukar ditebak. Kadang mesra, tetapi kadang berubah tanpa diduga.

Namun, suatu ketika yang saya sendiri tidak sedar. Umar selalu menyatakan persoalan berkaitan kematian. Rasa mahu mati. Andaian jika Umar mati. Sungguh, persoalan yang dikirimkan satu persatu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sikit sebanyak membuat naluri seorang muslimat saya menjadi hiba dan bimbang.

Suatu hari, seseorang menceritakan perubahan Umar. Segala persoalan yang selama ini bersarang dalam kotak minda ini akhirnya terungkai. Katanya :

" Umar dah menjadi lebih baik. Setiap hari pergi solat di surau berhampiran dengan rumah dia"

" Ada satu hari tu, nampak Umar baca buku pasal kematian "

Jadi saya kira, melalui muhasabah mengingati mati dan pembacaan buku-buku tentang kematianlah. Umar menjadi seseorang yang bermotivasi. Sungguh, tipu jika aku tidak turut termuhasabah dengan apa yang berlaku pada diri Umar. Benar sabda Rasulullah SAW :

"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat."
 ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

Kematian benar-benar mampu menjadi sebuah nasihat buat jiwa seseorang. Hati yang keras, mampu dilembutkan dengan nasihat kematian, Dan dengan nasihat kematian, manusia akan lebih berhati-hati untuk membuat persediaan menuju akhirat. Moga kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah.

Moga Umar Istiqamah hingga mati menjemputnya ...

Sungguh Mati Itu Pasti !

Wednesday, November 18, 2015

Belajar takutkan Allah

Alhamdulillah tanda syukur atas sekelian banyak nikmat yang Allah lestarikan dalam kehidupan ini. Semakin kita rasa tidak layak untuk mendapatkan nikmat Allah, semakin mesra nikmat menyapa diri ini. Semoga ia tanda pandangan Allah, bukan tanda istidraj-Nya. Nauzubillah...

angin sepoi menyapa ombak
ombak di laut beralun mesra
hajat datang menghapus tembok
membina kasih untuk dicurah

Pulau Langkawi

Belajar takut Allah dari lautan yang luas : Saat jasad ini terumbang-ambing di lautan. saat ini juga diserahkan segala kebergantungan pada Allah. Gembira? siapa tidak gembira berada di lautan bersama kawan-kawan. Menikmati angin dan pemandangan yang mampu mengunci mata dari melihat nikmat lain. sekian kali berada di lautan pada waktu ini, semakin hati ini tersentuh. benarlah semakin hari, kita akan semakin dewasa. pandangan kita dengan segala yang ada di hadapan kita semakin dihayati dan dimengertikan.

Terbayang-bayang bagaimana ciptaan manusia yang gah terbang di angkasa, dengan mudah jatuh tenggelam dihanyutkan ombak yang mesra, terus hilang lenyap dari pandangan mata. Allahu Akbar!

Saat ini hanya kematian menjadi motivasi. Segala amalan semalam diimbasi satu persatu.Muhasabah, takut, senyum dan tawa hanya menjadi hiasan wajah pada saat ini. Moga rasa takut ini tidak berhenti.




Cable Car, Pulau Langkawi

Belajar takut Allah dari tempat tinggi :  Subhanallah! Hanya Allah yang layak menerima segala pujian atas semua ciptaanNya yang indah.

Bukan rasa jatuh sahaja yang kita perlu takutkan saat berada di tempat tinggi, tetapi bagaima ketinggian yang kita berada pada waktu ini dapat meningkatkan rasa taqwa dan takut kita kepada Allah. Semakin tinggi pangkat dan kedudukan kita di atas dunia yang nyata ini, semakin tinggikah tahap keimanan kita untuk melalui alam akhirat?

Saat bergantung tinggi dari atas cable car, inilah antara pandangan yang sempat dirakamkan.

pemandangan lautan dari atas cable car


Di akhir penulisan ini, mengharapkan 'hanisah" yang maknanya 'takwa' mampu untuk menjadikan pemiliknya seorang yang takutkan ALLLAH dan senantiasa melihat kebesaran Allah dengan hati dan kesedaran sebagai seorang hamba Allah yang berdoasa. sungguh nama ini menjadi motivasi aku untuk terus berdiri!

Tuesday, October 27, 2015

Wasilah Duta Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Diberi kesempatan untuk memuatkan sedikit coretan dalam laman blog yang telah lama ditinggalkan.

Insyaallah akan mulakan menulis dan menulis dalam masa terdekat bukan semata untuk berkongsi kisah kehidupan yang dianugerahkan Tuhan, tetapi sebagai wasilah seorang daie kepada madue untuk sama-sama kita merasakan rahmat Islam dan Iman.

Sentiasa terngiang-ngiang kata seorang sahabat:

"Jika kita rasa kita Duta Islam, facebook kita tak akan pernah sunyi"

Ya, jika kita merasakan kita adalah Duta Islam, kesedaran kita akan membimbing kita untuk sentiasa menggunakan segala ruang dan peluang untuk membawa mesej dan rahmat Islam.

semoga tulisan demi tulisan ini menjadi saham buat insan kerdil ini di akhirat kelak.

Wallahua'alam.

Pena khatibatun_nisa

Thursday, July 18, 2013

Hari- Hari Demi Cinta 1

Nureen Ibtisam, gadis polos dengan senyuman terukir seindah nama.

langit biru direnung tajam tatkala awan berarak kencang sambil komputer riba di tangan. kata pujian, Subhanallah terpancul mesra dari bibirnya.

Tatkala renungan semakin menjauh, beribu bayangan muncul tanpa diduga. satu persatu menerjah ke fikiran terus ke hati.kata -kata seorang sahabat terngiang-ngiang mesra menyengat gegendang telinganya Astagfirullah katanya tanpa sengaja.

" Matangkah aku selama ini Ya Allah? jauh sagat kah aku dengan Mu ? " persoalan yang tiba-tiba dirumus nureen setelah satu persatu segmen lalunya di terjah akal bukan nafsu.

lamunannya terhenti, satu notification di laman sosial, facebook dibuka.

wanita solehah? 
ikhtilat ?
isteri solehah?
sahabat sejati?

" Ah, semuanya menyesakkan dadaku, mengacau langkahku ! rimas fikir ! ", bisik hatinya tanpa dihadam segala post di laman facebook.Bukan dia benci dengan segala post yang berkait dengan tajuk-tajuk indah itu. Cuma dia rasa malu bila mengenang segala langkahnya pada Tuhan yang Maha Melihat.

lantas wall facebook nya diintai dari mula laman itu didaftarkan. satu per satu di baca. senyum terukir.Bila setiap post dari dahulu hingga kini diteliti, jelas terang lagi bersuluh manusia itu semakin matang. Beberapa post lamanya di buang dari halaman facebook, mungkin kerana nilai kematangan yang terlalu rendah. senyum terukir lagi.

" Macam nak ajak semua kawan-kawan tengok balik post-post lama mereka sambil ketawa", nureen bersuara.

Allah itu Maha Adil. Manusia semakin matang. Dari kanak- kanak menjadi dewasa. Fikiran juga bertukar selaras usia. ada juga yang tidak. tapi bukan tanda Allah tak adil tapi allah maha Hebat.

                                                       *********************************

Hari ini Nureen terjaga dari tidur lebih awal dari biasa, sejadah dibentang, tangan diangkat menyeru Tuhan yang Maha Besar. Allahuakbar.

Salam pertama diucap sambil kepala ditoleh ke kanan. Salam pertama menjadi salah satu rukun dalam solat.

sekali lagi bayangan lepas menerjah masuk dalam lamunanya. tangan diturun setelah doa diperhalusi.

" Menyampah pula dengan diri sendiri yang baru sedar setelah jatuh ditimpa tangga " nureen malu mengungkap kata itu. Baru tersedar, kadang perbuatan itu mesti selalu dikoreksi, kata kena senantisa di tapis halus sebelum terpancul semulajadi dari bibir dan aksi perlu dijaga rapi.

" ........   mana keperluan , mana kehendak ..... " kata-kata sahabatnya, Aufa di imbas kembali Nureen. Nureen akur dan ingin kembali kepada fitrah. senyum mengharungi segmen hidup. Matang mengurus Cinta dan sayang pada manusia dan pencipta.

                                                      *********************************

cerita ini tiada kaitan dengan yg hidup atau mati
semua hanya khayalan 
untuk kita sama-sama berfikir dan muhasabah diri.
"Tuhan bagi mata kita di depan agar kita selalu melihat apa sahaja masalah secara kehadapan."
[ kata pujangga Inggeris]
tapi, ......
kita sebagai orang Islam maklum dengan konsep muhasabah.
Allah ciptakan hati untuk kita fikir kembali satiap apa yang berlaku dalam hidup kita semalam sepaya esok lebih baik dari semalam. :)















Friday, May 10, 2013

Langkahku Aturan ILLAHI


Durrah : Nureen ! senyum ! Allah bersama ...
Durrah : tak pernah kita lihat muka kamu sekelat tadi ..
Nureen : kelat sangat ke ? tak apa. nanti kita tambah gula.

******************
Allah menguji Nureen dengan kelemahan hati. kebergantungan dalam mencapai redha Illahi
terus menerus kabur dek mengimbau dosa-dosa yang seluas pantai di lautan.

kaki terus melangkah menuju bilik mesyuarat.tangan ligat menyiapkan minit-minit mesyuarat yang tak pernah habis dilengkap. Kepala melilau bayang situasi talk di dewan kuliah yang tak kesampaian dikunjungi.

lama menunggu ...

Ukhti Mai : Mesyuarat dibatalkan .. maaf ukhti ..
Nureen : eh, tak apa je..Alhamdulillah..boleh pergi talk..

*******************
kepala ligat memikir. kaki ragu melangkah. Dua talk menjadi pilihan di hadapan..berdiri antara dua pilihan.
" Bahagia kahwin Muda " dan " Pemantapan Rohani Membentuk Generasi "

Akhirnya, kaki melangkah ke talk kahwin muda. Namun hati seolah terasa janggal dengar panel bercerita persoalan nikah kahwin. tak sempat duduk, kaki melangkah keluar. Akhirnya, talk Rohani menjadi pilihan dan santapan. Sikit orang ... Namun, hati kuat bermonolog, inilah yang terbaik.
*******************
Talk bermula ..

Ustaz : Mari mulakan program kita dengan beristighfar...
( hati lantas teringat sang Pencipta yang Maha Pengasih. baru seketika hati menjadi pedih. Kaki ini diatur cukup indah pada tempatnya. Subhanallah..)

Segala persoalan dan motivasi hati terisi ...

Abu Ayub Al-Ansari mendengar Rasulullah saw bersabda :
" Seandainya manusia ini tidak pernah melakukan dosa, maka Allah akan cipta makhluk lain yang lakukan dosa lalu bertaubat "

"Bila kita buat dosa, kita akan ingat Allah dan ingin bertaubat..Allah sayang kita" - ustaz

Allah berbicara ......
----------------------------------------
"Wahai anak Adam , Engkau adalah apa yang Engkau Harap.
Wahai Anak Adam, Seandainya dosa kamu itu setinggi langit,
aku akan ampunkan.
Wahai Anak Adam, sekiranya engkau datang kepadaku dengan dosa2 
seluas bumi dan kau datang tanpa mensyirikkan aku,
Maka akan aku ampunkan dosa-dosa mu seperti luasnya bumi.


Akhir kalam ..
coretan ini bukan supaya kita didik diri dengan dosa..
tapi untuk kita tidak berasa putus asa dalam meraih rahmat dan keampunan tuhan :)
Mana lagi nikmat Allah yang kita mahu dustakan?
 Allah begitu dekat dan baik dengan kita..

Perjuangan


Bismillahirrahmanirrahim..

PRU'13

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah  PRU'13 berjalan pada waktu dan masa yang ditetapkan.
Kalah menang memang adalah adat dalam bertanding.

Namun, sejauh mana kemenangan kita dengan kejujuran dan sifat amanah.
sejauh mana kemenangan mahupun kekalahan kita dengan Allah.
Jika kemenangan dicapai dengan cara yang benar dan telus,
Syukur Alhamdulillah ..
Jika sebaliknya, ukurlah diri dan muhasabah ..

"sesuatu yang mengecewakan hati semua,
akan menyebabkan hati membawa diri menjadi kecewa,
dan kata serta tindakan meronta inginkan hak dan kebenaran,
tempat kembali hak adalah pada
 yang benar-benar haknya"

--------------------------------------------

Terasa diri tak layak merasai kesedihan dan kekecewaan menghadapi turun naik dalam perjuangan.
kerana kita bukan benar-benar istiqamah dalam berjuang.
Untuk jangka masa kita menuju perjalanan dan perjuangan di hadapan,
ayuh, persiapkan diri dengan Ilmu dan kefahaman..
mantapkan dengan akhlak dan agama ..

Buat sahabat seperjuangan...









Thursday, April 25, 2013

PRU'13

Bismillahirrahmanirrahim..
Moga setiap hasil pena kali ini mendapat naungan Allah
.... jauh dari sifat buruk 

Alhamdulillah,
setelah parlimen dibubarkan,
selepas calon menaiki pentas.

Beberapa hari lagi rakyat Malaysia akan mengundi !



Mulalah segmen dalam setiap hari-hari menjelang pilihanraya, pelbagai isu mula terungkai satu persatu, pelbagai provokasi mula dihamburkan, pelbagai usaha dilaksanakan oleh setiap parti bertanding. Bertindaklah semampu yang boleh untuk menegakkan yang hak dan menjatuhkan yang batil. Namun, akhlak sebagai seorang muslim mesti turut diutamakan. Hammasah (semangat ) perlu dalam sebuah perjuangan. Namun, jangan hanya semangat di atas angin. semangat yang dilontarkan biarlah semangat yang datang dari sebuah kefahaman, semangat yang datang dari sebuah harapan untuk masa depan negara dan ummah ...

Bagi yang mengundi, pilihlah calon yang bukan sahaja mampu berdiri gah dengan dunia semata tetapi akhirat diutamakan. Agak terkilan tak dapat mengundi untuk pemimpin 5 tahun akan datang..Bagi yang mengundi pastikan dah tahu siapa yang bakal dipilih.Pelbagai jawapan dan senario berkaitan undi ...

pengundi1 : "tak tahu lg la nak undi yang mana..tak tahu mana yang betul "
pengundi2 : " pihak ni zalim la...nak hapus PTPTN ..."
jawapan : hapus hutang PTPTN , dan tukar jadi biasiswa :)
pengundi3 : " Insyaallah, saya dah undi 5 kali dah, tapi belum menang lagi..."
pengundi4 : " tak nak la mengundi ...bukan ada effect pon..."
jawapan : satu undi bawa satu harapan dunia dan akhirat.walau berkali usaha kita, ada natijahnya 1 hari nanti.

Sepatutnya, setiap pengundi ada tanggugjawab tersendiri untuk mecari kebenaran. Bukan hanya menilai dan mengukur dari sebelah pihak semata. Pilihlah pemimpin yang :

1. Menilai dunia untuk akhirat
2. Jauh dari kezaliman
3. Menjaga kebajikan rakyat

akhir kalam ..

PRU'13 semakin hampir,
masing-masing ligat memikir
mana hak mana batil,..
yang tenang itu hak
yang kabut itu batil
pasang bendera,
edar risalah,
jangan lupa baca Bismillah..
:)

SELAMAT MENGUNDI...
UNDI KALIAN, HARAPAN KAMI..










Tuesday, April 23, 2013

kawan vs lawan


Bismllahirrahmanirrahim
Alhamdulillah..

Persahabatan?



$yJ¯RÎ) tbqãZÏB÷sßJø9$# ×ouq÷zÎ) (#qßsÎ=ô¹r'sù tû÷üt/ ö/ä3÷ƒuqyzr& 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ÷/ä3ª=yès9 tbqçHxqöè? ÇÊÉÈ  
10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
[ 49 :10]


Sudah tentu dalam perjalanan hidup kita semua, tentu ada seseorang yang menjadi sahabat. Tidak kiralah sahabat seperjuangan di medan ilmu, mahupun rakan untuk mengeluh resah di hati atau sekadar teman di kala suka. Namun adakah kita memanfaatkan teman dengan sebaiknya ? atau kita hanya mengharapkan sebuah perhatian dan balasan dari apa yang kita lakukan?

sahabat-sahabat yg ikhlas dalam ikatan,

Sahabat kita adalah cerminan diri kita. Jika suatu hari dia memarahi kita, lantas kita terasa hati dengan perbuatan dia. sebenarnya kita lah yang perlu muhasabah diri. kadang Allah jadikan sahabat untuk menguji kesabaran, kesetian, keimanan kita kepada kasih dan ikatan yang lebih tinggi dan bernilai, iaitu Allah swt. Bila kawan melawan atau tak sependapat dengan kita, dia bukan lawan kita. dia tetap kawan yang akan selalu menjadi lawan antara kita dengan nafsu dan buruk sangka kita :)

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
" Seorang mukmin adalah cerminan mukmin yang lain.dan seorang mukmin adalah saudara mukmin yang lain"
(riwayat Abu Daud )

Jadi jelaslah sahabat-sahabat, persahabatan yang kita bina, ikatan yang kita tautkan bukan semata-mata atas dasar ukhuwah, tetapi atas dasar menilai sejauh mana diri dalam persahabatan. Sejauh mana kebergantungan kita kepada Tuhan yang menciptakan kasih sehingga hati kita tertaut.



 (dari blog kak umi =D )   KITE SAHABAT YANG CAMNE??

RafiqTeman yang Lemah lembut

Khalil- Sahabat setia dan pemberi nasihat

Sadiq- Sahabat yang benar dan disayangi
Zamil- KAwan biasa


Akhir kalam,

sahabat, 
telah terlukis namamu di atas sana,
kau adalah temanku,
telah tertulis sejak azali  lagi,
kau kawanku,
yang mungkin teman walau hanya ketawa,
atau sohib tika aku gundah,
atau kau teman waktu aku berjalan di jalanan..
kau tetap teman,
tetap sahabat...
walau apapun keadaan diri mu,
kau adalah amanah Allah untuk aku jaga,
untuk aku simpan.
agar engkau dan aku tidak ketepian..






Saturday, April 20, 2013

HebatNya DIA !

Dialah Tuhan yang Maha Pengasih
Memberi kita mata untuk melihat
Dialah Tuhan yang maha Penyayang 
memberi ujian dengan ketabahan
Dialah Tuhan yang Maha Hebat 
Mencipta ujian ada ubat

" Maka Ingatlah kepadaku ,aku akan ingat kepadaMu,
Bersyukurlah kepadaku,jangan kau ingkar kepadaKu "
[2 :152 ]

Hebatnya Allah dalam penciptaanNya..
Kita manusia ada Hati ada perasaan,
ada Salah Allah maafkan..
ada rasa Allah dengar
ada mata boleh melihat
ada mulut boleh berzikir
ada qudrat , amal terlaksana
Subhanallah..

Jangan pernah rasa setiap ujian Allah,
Allah jauh dari kita
Allah ada..
DIA melihat kita dari jauh..
apa yang kita rasa 
apa yang kita pendam allah dengar,
Cuma Allah sengaja lambatkan permintaan kita,
supaya kita terus ingat Allah
terus bergantung pada Allah ..