" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "
Showing posts with label INSPIRASI. Show all posts
Showing posts with label INSPIRASI. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

Kekuatan Mujahadah Perlu Dibina

Baru sahaja Munirah Muslehah berkongsi cerita mengenai seorang sahabat yang enam tahun berperang dengan mujahadah hati menyukai mana-mana lelaki, akhirnya dia kalah dalan pertembungan itu lantas menguasai hidupnya sehari-hari.

"Betul Irah, payah benar membina benteng itu. Kadang payah menjaga iman, perlu kekuatan mujahadah. Kadang yang datang itu bukan yang sempurna di telinga, tetapi sempurna pada mesranya kata-kata, sempurna pada setiap peduli yang membohongi mata. Sukar mencari yang serius. Yang ada menjengah pun mungkin yang hanya mahu mengisi masa lapang mereka. Hanya Iman yang menjadi peneman. Mahu diturutkan atau dibiar sahaja"


Bila habis baca perkongsian Munirah Muslehah,teringat pula Nureen akan topik mujahadah yang dibacanya minggu lepas.

Imam Al-Ghazali ada menyebutkan :
"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin"

"Inilah dia mujahadah Irah. Dalam buku Soalnya Hati karangan Ustaz Pahrol ada menyebutkan, topik mujahadah dan kesannya ini semakin tidak dibincangkan. Mungkin dek kerana kesibukan ummat yang sudah terumbang ambing dalam gelora dunia"

"Nureen, macam mana nak konsisten dalam mujahadah?" tanya Irah.

"Irah, ada tiga kategori orang yang bermujahadah ni. Pertama, dia yang mudah kalah. Mereka ini ialah orang yang sudah dikerumuni hawa nafsu sehingga sukar baginya melawan segala mehnah dan payah. Kedua, golongan yang sentiasa bekerja serta berperang untuk meruntuhkan hawa nafsunya. Mereka ini sedang bekerja untuk meruntuhkan tembok kezaliman yang menganggu keteguhan imannya saban waktu. Dan yang terakhir, Golongan yang telah menang, iaitu golongan yang telah berjaya menguasai hawa nafsunya daripada merajai iman mereka" 

"Allah Nureen, jauh dan tinggi manakah mujahadah kita?. Moga kita dalam golongan yang kedua dan menjadi golongan yang ketiga itu Nureen" Irah berseloroh tanpa riak.

"Dalam nak meruntuhkan hawa nafsu kita perlukan konsistensi dalam beberapa perkara. Perkara ini tidak boleh di ambil sambil lewa dan buat ikut mood sahaja. Nafsu itu umpama binatang buas. Apa yang menjadi makanannya perlu disekat dan yang menjadi penenangnya perlu diberikan".

"Amatlah benar Rasulullah s.a.w menganjurkan kita berpuasa. Salah satu punca memuncaknya hawa nafsu adalah perut. Selain itu, pandangan mata juga harus ditundukkan, telinga perlu dibataskan dengan perkara yang baik-baik, mulut perlu ditahan dari berkata yang tidak membawa kesan pada diri dan orang lain dan hati perlu sentiasa dijaga dari dimamah sang sifat mazmumah"

Termusahabah Nureen sewaktu membaca yang perut itu adalah makanan besar juga pada nafsu. Tunduk dan akur. Patutlah kenyang itu memungkinkan diri Nureen untuk bermalas-malasan. Kenyang dan akhirnya mengantuk, dan terus tidak berdaya melakukan apa-apa perkara melainkan baring dan membuka komputer riba. Kadang-kadang sehingga tertidur dek sibuk ziarah alam maya yang kononnya satu pahala, sedangkan solat jadi lewat, al-quran baca jadi singkat....

"Selain menyekat nafsu dari terus memamah iman kita, nafsu itu perlu terus dilemahkan dan dibebankan dengan ibadah. tidak kiralah solat, zikir mahupun ibadah yang lain-lainnya. Jangan lepas Allah dari hati kita. Cuba dan terus cuba. Bukankah kita mahu jadi golongan kedua dan ketiga seperti yang Nureen cerita tadi"

"Akhir sekali, serahkan kepada Allah semuanya. Banyakkan berdoa dan terus berdoa" pinta Nureen Ibtisam dengan senyuman.

"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk memperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah seaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku..." Doa mereka berdua sebelum perbualan mereka ditamatkan. 


Pena Khatibatun Nisa'
9.40 AM
Batu Caves, Selangor.

Tuesday, December 1, 2015

Ingat Mati Agen Perubahan

Mati bukan satu tujuan
tetapi satu laluan
yang bukan sekadar gurauan 
tetapi sebuah kenyataan

Sekadar ingin berkongsi sebuah pengalaman selepas acapkali pada minggu ini melihat sahabat-sahabat laman sosial tidak kira instagram, facebook dan wechat berkongsi mengenai kematian. Benarlah sabda Rasulullah :

"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." 
( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy ) 


Perkongsian ini saya ambil dari sedutan kehidupan orang yang dekat dengan saya, jauh dari sudut hati saya amat mengharapkan satu perubahan dalam diri dia. Bukan dia seorang yang tidak baik, tetapi ada dalam diri saya,untuk melihat dia berada satu tahap yang lebih baik.

Cukup saya namakan dia dengan panggilan Umar.

Umar. Tegas orangnya dan tidak pernah mahu mengalah dalam apa hal sekalipun. Suka memendam rasa namun saya yakin dia seorang yang cukup penyayang. Kadangkala, sikapnya sukar ditebak. Kadang mesra, tetapi kadang berubah tanpa diduga.

Namun, suatu ketika yang saya sendiri tidak sedar. Umar selalu menyatakan persoalan berkaitan kematian. Rasa mahu mati. Andaian jika Umar mati. Sungguh, persoalan yang dikirimkan satu persatu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sikit sebanyak membuat naluri seorang muslimat saya menjadi hiba dan bimbang.

Suatu hari, seseorang menceritakan perubahan Umar. Segala persoalan yang selama ini bersarang dalam kotak minda ini akhirnya terungkai. Katanya :

" Umar dah menjadi lebih baik. Setiap hari pergi solat di surau berhampiran dengan rumah dia"

" Ada satu hari tu, nampak Umar baca buku pasal kematian "

Jadi saya kira, melalui muhasabah mengingati mati dan pembacaan buku-buku tentang kematianlah. Umar menjadi seseorang yang bermotivasi. Sungguh, tipu jika aku tidak turut termuhasabah dengan apa yang berlaku pada diri Umar. Benar sabda Rasulullah SAW :

"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat."
 ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

Kematian benar-benar mampu menjadi sebuah nasihat buat jiwa seseorang. Hati yang keras, mampu dilembutkan dengan nasihat kematian, Dan dengan nasihat kematian, manusia akan lebih berhati-hati untuk membuat persediaan menuju akhirat. Moga kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah.

Moga Umar Istiqamah hingga mati menjemputnya ...

Sungguh Mati Itu Pasti !

Tuesday, October 27, 2015

Wasilah Duta Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Diberi kesempatan untuk memuatkan sedikit coretan dalam laman blog yang telah lama ditinggalkan.

Insyaallah akan mulakan menulis dan menulis dalam masa terdekat bukan semata untuk berkongsi kisah kehidupan yang dianugerahkan Tuhan, tetapi sebagai wasilah seorang daie kepada madue untuk sama-sama kita merasakan rahmat Islam dan Iman.

Sentiasa terngiang-ngiang kata seorang sahabat:

"Jika kita rasa kita Duta Islam, facebook kita tak akan pernah sunyi"

Ya, jika kita merasakan kita adalah Duta Islam, kesedaran kita akan membimbing kita untuk sentiasa menggunakan segala ruang dan peluang untuk membawa mesej dan rahmat Islam.

semoga tulisan demi tulisan ini menjadi saham buat insan kerdil ini di akhirat kelak.

Wallahua'alam.

Pena khatibatun_nisa

Friday, May 10, 2013

Langkahku Aturan ILLAHI


Durrah : Nureen ! senyum ! Allah bersama ...
Durrah : tak pernah kita lihat muka kamu sekelat tadi ..
Nureen : kelat sangat ke ? tak apa. nanti kita tambah gula.

******************
Allah menguji Nureen dengan kelemahan hati. kebergantungan dalam mencapai redha Illahi
terus menerus kabur dek mengimbau dosa-dosa yang seluas pantai di lautan.

kaki terus melangkah menuju bilik mesyuarat.tangan ligat menyiapkan minit-minit mesyuarat yang tak pernah habis dilengkap. Kepala melilau bayang situasi talk di dewan kuliah yang tak kesampaian dikunjungi.

lama menunggu ...

Ukhti Mai : Mesyuarat dibatalkan .. maaf ukhti ..
Nureen : eh, tak apa je..Alhamdulillah..boleh pergi talk..

*******************
kepala ligat memikir. kaki ragu melangkah. Dua talk menjadi pilihan di hadapan..berdiri antara dua pilihan.
" Bahagia kahwin Muda " dan " Pemantapan Rohani Membentuk Generasi "

Akhirnya, kaki melangkah ke talk kahwin muda. Namun hati seolah terasa janggal dengar panel bercerita persoalan nikah kahwin. tak sempat duduk, kaki melangkah keluar. Akhirnya, talk Rohani menjadi pilihan dan santapan. Sikit orang ... Namun, hati kuat bermonolog, inilah yang terbaik.
*******************
Talk bermula ..

Ustaz : Mari mulakan program kita dengan beristighfar...
( hati lantas teringat sang Pencipta yang Maha Pengasih. baru seketika hati menjadi pedih. Kaki ini diatur cukup indah pada tempatnya. Subhanallah..)

Segala persoalan dan motivasi hati terisi ...

Abu Ayub Al-Ansari mendengar Rasulullah saw bersabda :
" Seandainya manusia ini tidak pernah melakukan dosa, maka Allah akan cipta makhluk lain yang lakukan dosa lalu bertaubat "

"Bila kita buat dosa, kita akan ingat Allah dan ingin bertaubat..Allah sayang kita" - ustaz

Allah berbicara ......
----------------------------------------
"Wahai anak Adam , Engkau adalah apa yang Engkau Harap.
Wahai Anak Adam, Seandainya dosa kamu itu setinggi langit,
aku akan ampunkan.
Wahai Anak Adam, sekiranya engkau datang kepadaku dengan dosa2 
seluas bumi dan kau datang tanpa mensyirikkan aku,
Maka akan aku ampunkan dosa-dosa mu seperti luasnya bumi.


Akhir kalam ..
coretan ini bukan supaya kita didik diri dengan dosa..
tapi untuk kita tidak berasa putus asa dalam meraih rahmat dan keampunan tuhan :)
Mana lagi nikmat Allah yang kita mahu dustakan?
 Allah begitu dekat dan baik dengan kita..

Perjuangan


Bismillahirrahmanirrahim..

PRU'13

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah  PRU'13 berjalan pada waktu dan masa yang ditetapkan.
Kalah menang memang adalah adat dalam bertanding.

Namun, sejauh mana kemenangan kita dengan kejujuran dan sifat amanah.
sejauh mana kemenangan mahupun kekalahan kita dengan Allah.
Jika kemenangan dicapai dengan cara yang benar dan telus,
Syukur Alhamdulillah ..
Jika sebaliknya, ukurlah diri dan muhasabah ..

"sesuatu yang mengecewakan hati semua,
akan menyebabkan hati membawa diri menjadi kecewa,
dan kata serta tindakan meronta inginkan hak dan kebenaran,
tempat kembali hak adalah pada
 yang benar-benar haknya"

--------------------------------------------

Terasa diri tak layak merasai kesedihan dan kekecewaan menghadapi turun naik dalam perjuangan.
kerana kita bukan benar-benar istiqamah dalam berjuang.
Untuk jangka masa kita menuju perjalanan dan perjuangan di hadapan,
ayuh, persiapkan diri dengan Ilmu dan kefahaman..
mantapkan dengan akhlak dan agama ..

Buat sahabat seperjuangan...









Saturday, October 29, 2011

Sebarkan Cinta - Mu


Alhamdulillah...

Allah masih beri aku kekuatan untuk mengorek sebanyak mungkin ilmu yang bermanfaat..
Sekarang Allah beri kekuatan dan kesempatan untuk meneruskan bacaan yang bermanfaat dari Novel Sebarkan Cinta - Mu karya novelis yang tak asing lagi Saudari Fatimah Syarha.


Setakat pembacaanku,
Sebenarnya, novel ini banyak kisarkan mengenai topik poligami dan kewajipan menutup aurat.Poligami memang Sunnah nabi yang harus tapi monogami lagi merupakan sunnah nabi (25 tahun nabi bersama Saidatina Khadijah ... )Banyak yang kita boleh dapatkan dari novel ni termasuklah hujah dan keterangan bagi yang menyangkal Islam adalah agama yang menyusahkan.Novel ni juga banyak mendedahkan kemuliaan seorang Wanita.Muat dengan info mengenai sejarah Nabi Muhammad s.a.w.

Dari novel ni, aku belajar yang kita sebagai pendakwah atau orang yang berilmu tidak boleh menghukum daie' kita tetapi lebih kepada mendidik dan jangan mengritik seseorang dengan persoalan yang pada kita remeh.Sepatutnya kita lebih kepada menjawab persoalan yang dirungkaikan. Fenomena sebegini sering kita lihat kat Facebook dan laman sosial lain.

Sedikit petikan dari Novel Sebarkan Cinta -Mu sebagai penutup kalam Nisah kali ni ;

" Semuanya datang dariAllah.Yang penting pegang prinsip, apabila berhadapan orang yang bartanya, jangan menanggapnya penentang atau musuh.Sebaliknya, anggaplah dia galian dakwah yang sedang dahagakan kebenaran.Menulis dengan hujah bukan emosi "

Tuesday, October 25, 2011

Hukum Ketip Kuku




Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk menerima ilmunya, Sesunggunya percanggahan dalam agama merupakan satu rahmat dari Allah ...


Dalam kitab Ihya' , ada dicatatkan yang memotong kuku pada waktu haid , berhadas besar, jangan memotong kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannyansebelum mandi junub.

" Hal ini kerana segala potongan itu pada akhirat kelak akan kembali padanya dengan keadaan junub "

Menanam Potongan Kuku

Islam sangat prihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuk anggota badannya.Kuku yang dipotong sunat untuk ditanamdi dalam tanah sebagai sebagai tanda menhomatinya kerana ia anggota manusia.
Hal ini disebut dalam Kitab Fath al bari, bahawa ibn Umar menanam kuku.
Menurut kajian Sains,
menanan kuku mahupun rambut, dapat menghilangkan DNA seseorang.
So sukar untuk sesiapa yg nak lakukan perkara sihir melalui anggota badan kita.

Dipetik dari Buku Ensiklopedia Solat .

Sunday, October 23, 2011

Friday, May 27, 2011

C : U : T : I

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdilillah !!!

Bersyukur ke hadrat Illahi menghadapi imtihan nisfu sannah dengan tenang walaupun persiapan yg tak begitu terurus.Lama juga rasanya saya tidak meninggalkan apa-apa entry di blog ni.Tak tau kenapa.Sekarang nak menghadapi cuti 2 minggu yang boleh tahan lama tempohnya. Apa la agaknya perancangan yang akan saya lakukan.Mampu tak aku laksanakan perancangan besar  yang dirancang. Antaranya :

- habiskan hafal Surah
- siapkan bahas balghah dan adab nusus.
- buat nota tajwid

Harap Allah bagi kelapangan waktu dan kemudahan dalam melaksanakan misi cuti ni.Tagline cuti kali ni  C.U.T.I : Cekal Untuk Tiada Istirehat.Subhanallah!!Moga cekal sahabat dakwah yang produse tagline ni.Mampukah aku cuti tapi tiada istirehat.Cuti ni la waktu rehat.Hakikatnya, hidup ini memang tiada rehatnya.Setiap kesempatan waktu yang ada adalah milik Allah. Infakkanlah waktu sebaik-baiknya atas nama Allah.Saya selalu pegang kata ustazah sewaktu menuntut di SMAKJ, " Hidup ni kena berpenat-penatan untuk dapat rehat di akhirat kelak "Berpenat-penatan dengan melakukan perkara yang bermanfaat dapat melahirkan satu natijah yang menenagkan hati kita.InsyaAllah !!