" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Saturday, September 11, 2010

Syawal dan Syukur

Alhamdulillah ..
Hari ini sudah masuk hari ketiga menyambut Hari Raya Aidilfitri di Terengganu. Segalanya berjalan seperti biasa cuma tahun ini bezanya solat hari raya dengan family di masjid dan tiada gathering usrah macam dekat Batu Pahat.Walau macam manapun everything berjalan dengan penuh syukur.

Beraya di pantai timur mengajar aku erti besederhana dan rasa syukur. Dekat sini segalanya sederhana. Melihat ada keluarga yang serba kekurangan tetapi masih meraikan Aidilfitri dengan penuh syukur. mengembalikan kita kepada Yang Esa walaupun hati meronta-ronta.

Aidilfitri ni bukanlah untuk beraya sakan, tapi untuk melahirkan  rasa syukur dalam diri bukannya takabbur dengan barangan yang baru-baru.Bersyukur pada Illahi atas nikmat yang diberikan selama ini. Sambutlah Syawal dengan penuh pengertian.Cubalah sedaya -upaya untuk jadikan segala amalan kita di bulan Ramadan terus berjalan seperti biasa kerana P.U.A.S.A : Puasa untuk Amal Sampai Akhir.Tambah dan sempurnakan Syawal kita dengan puasa enam ( pahalanya seperti setahun berpuasa ).
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Post a Comment