Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Firman Allah S.W.T:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
Sabda Rasulullah saw bermaksud :
“ Barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan muhasabah, nescaya akan diampunkan dosanya yang terdahulu ." ( Fath al-bari, 1901 )
Apa itu puasa ?
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Apa lafaz niat puasa ?
رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
• Makan sahur serta melambatkannya
• Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
• Menjamu orang-orang berbuka puasa
• Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu. Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui
No comments:
Post a Comment