Kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna…
Agar dapat kulalui dengan sempurna …..
Selangkah …demi selangkah…
Setiap kali ramadhan menjelma hati kita benar – benar terusik. Terusik dengan suasana yang amat berbeza.Kenapa mesti rasa macam itu ya?kerana memang kita akan rasa macam tu….sebab ramadhan ini bukan bulan yang calang-calang.Bulan inilah " MEGA SALE " Allah bertebaran dimana-mana.Bulan ini juga bulan malam seribu bulan..kenapa mesti cakap mega sale Allah. Betulah kan ..kalau kita lihat masa nilah macam – macam shopping complex buat sale kuih raya, baju kurunglah ,itulah….antunna sendiri pown dapat lihat kan …Tapi disebalik sale – sale yang ada kat tempat membeli belah tu…Ada satu mega sale yang lagi nikmat untuk dimiliki…itulah dia MEGA SALE Allah.
Pada bulan ramadhan inilah Allah menawarkan hambaNya keampunan dan ganjaran yang berlipat kali ganda bagi sesiapa yang mahu mencarinya.inilah dia mega sale yang hanya ada pada bulan ramadhan. Iaitu mega sale Allah. Sabda nabi s.a.w " dijauhkan daripada rahmat Allah kepada sesiapa yang berada dalam bulan ramadhan ,lalu tidak mendapat peluang keampunan Allah kerana tidak beribadah" dalam bahasa yang mudah hadis ini menerangkan bahawa nak dapat mega sale Allah kenalah beribadah. Bukankah ia sesuatu yang senang, tak payahlah nak susah – susah keluar duit. Satu sen pon tak payah.
Selain itu, puasa merupakan penyelamat terakhir bagi hamba Allah. Puasa juga merupakan pelampung untuk kita. Sebuah hadis qudsi ada menggambarkan " setiap amalan itu menjadi kafarah kepada seseorang hamba melainkan amalan puasa. Puasa adalah untukku dan aku akan meganjarinya.".Bulan ramadhan ini juga dibuka pintu- pintu syurga dan ditutup pintu – pintu neraka, bertepatan dengan sabda nabi. Yang dimaksudkan dengan terbukannya pintu syurga ialah Allah membuka peluang untuk dapat pahala dan ganjaran Allah yang berganda – ganda. Manakala, yang dimaksudkan dengan pintu neraka ditutup ialah jalan – jalan perlakuan dosa dipersempitkan. Bagitu Allah memberikan tawaran yang hebat kepada hambaNya. Oleh itu, laluilah ramadhan dengan penuh keinsafan akan fadilat dan ganjaranNya. Bersyukur kerana berpeluang menyambutnya serta melakukannya bertunjangkan iman & bermatlamatkan taqwa.InsyaAllah…
No comments:
Post a Comment