" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Friday, June 18, 2010

Percutian yang mendekatkan





Beberapa hari yang lepas,  pergi mengembara ke Cameron Highlands..

SUBHANALLAH !!!

melihat keindahan gunung-gunung disana terasa diri begitu kecil.Betapa Agongnya ciptaan Allah.Dalam asyik melihat keindahan ciptaan Allah di banjaran titiwangsa itu, ayah dan ibu ligat bercerita mengenai keindahan dan kuasa Allah itu.Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatianku.. mengenai pencerobohan yang dilakukan oleh manusia yang tidak ada nilai sensitiviti dalam diri terhadap ciptaan Tuhan..gunung-gunung ditarah dan diletupkan..(kata ayah)

" kalau semua ni dan tarah, habis lah.." kata ibu dalam ketakutan kerana gayat ada di atas gunung.
" kenapa pula bu ?", aku bertanya menyelit perbualan ibu dan ayah. " ye la..gunung-gunung ni kan pasak bumi..kekuatan untuk bumi..kalau dia dah dimusnahkan, habislah bumi tak seimbang.ciptaan Allah tu kan ada hikmahnya tersendiri.Allah dah sebut dalam Quran.." syarah ibu diiyakan ayah juga..

Geram pula dalam hati ni, takut pun ada..bimbang hari kemusnahan datang..macam mana lah.. tetapi hati rasa gembira dan terubat melihat ciptaan Allah, dapat tengok bunga hidup yang sangat segar dan indah, melihat air terjun di lata Iskandar dan sempat merasa kesejukan air gunung di air terjun Ulu kinta, perak.. Semasa perjalanan pulang ke selatan, dapat melihat keindahan bumi Malaysia (ciptaan Allah Yang sangat cantik !!)...

TERIMA KASIH ALLAH...

1 comment:

  1. pergh..

    pergi kameren tuh !!

    kejap g perak. pahang... waaa...
    seronok ! seronok !

    ReplyDelete