Walaupun begitu, aku dapat mengambil beberapa pengajaran dari cerita itu.Iaitu mengenai NAMA.Dalam salah satu babak dalam cerita ini ada kisah mengenai seorang yang beragama Islam bernama Hussein.Dalam cerita ni dia tidak menegakkan kebenaran sedangkan Saidina Ali seorang yang menegakkan kebenaran.
Aku mula berfikir,
aku mula merenung akan namaku..mula bertanya...Adakah aku yang berdiri ini seperti apa yang dimaksudkan makna namaku..Adakah aku BERTAQWA ?
NAMA sebenarnya memberi makna yang besar dalam kehidupan kita.Walau apapun nama kita ia dapat membina identiti diri kita sendiri. Nama kita yang baik dapat membentuk dan melambangkan diri kita sekarang atau pada masa akan datang.
Bukan mengenai nama sahaja yang aku dapat menerusi cerita ni, malah aku dapat mengetahui bahawa dalam sesebuah ikatan kekeluargaan, selain kasih sayang nilai kepercayaan adalah penting untuk menjamin satu kehidupan yang sakinah dan mahabbah.Selain itu, seorang itu bukan hanya hidup untuk dihiasi dengan pangkat dan harta, tetapi kasih sayang ialah satu-satunya infrastruktur yang diperlukan untuk hidup.
Kasih kita pada ALLAH adalah yang UTAMA..!!!
Salam,
ReplyDeleteketika saya mengajar diberi peluang mengajar sejarah di tingkatan satu beberapa tahun lalu,dalam taaruf: nama, saya akan bercerita pekara pertama diajarkan kepada nabi adam tentang nama-nama.beritahu pelajar betapa pentingnya nama dan panggilan....
tapi .. pelajar ting 1, manalah ingat sangat , apatah lagi masa itu hati masih di rumah..
cikgu kecil,