" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Wednesday, November 25, 2009

KEBURUKAN AIR RO

keburukan R.O water:

1.TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT

Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.

2.TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!!)

Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!

3.MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN

Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.

4.TIDAK ADA MINERAL

Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab itu Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini mengandungi mineral dan hidup pada zaman yang lampau. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral- mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.

8 comments:

  1. air mati merupakan air suling yang tidak mengandungi oksigen.badan memerlukan air tulen kerana 90% terdiri daripada air. air bukan nutrisi dan bukan ubat.air juga bukan zat, zat datangnya dari pemakanan yang baik.kita perlukan mineral dalam pemakanan bukan dalam air. kerana kandungan mineral didalam air terlalu rendah ditambah pula dengan cemaran yang ada.kenalah tahu fungsi air dalam badan.
    air (dalam bentuk darah)akan diproses oleh buah pinggang, kandungan yang tidak diperlukan akan dibuang manakala yang diperlukan akan dihantar melalui darah.buah pinggang merupakan penapis air yang dicipta oleh yang Maha Esa.
    Air RO sekarang sudah digunakan oleh negara maju, contohnya singapura membeli air kita proses jadi RO lepastu jual semula dengan harga lebih tinggi. Syarikat minuman juga menggunakan air RO termasuk di Hospital.Orang nak cuci darah juga guna RO kerana sememangnya air RO air yang tulen.walaubagaimanapun air zam zam sahaja air yang terbaik didunia kerana ianya merupakan suatu mukjizat.

    ReplyDelete
  2. Maksud firman Allah Taala:

    Padahal antara BATU-BATU itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya, dan ada pula antaranya (BATU-BATU itu) yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.
    (Al Baqarah: 74)

    Dan ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: Pukullah BATU itu dengan tongkatmu, lalu terpancutlah daripada BATU itu 12 mata air.
    (Al Baqarah: 60)

    Air mineral lebih baik dari RO water. Air mineral terhasil melalui penapisan menggunakan batu-batu tertentu yang mengandungi mineral dan zat galian. Kebersihannya setara dengan air RO tetapi yang membezakannya ialah air RO tiada sebarang zat atau mineral.

    Singapura tidaklah semaju negara jepun. Jepun sejak tahun 2007 dah gunakan air nano hidrogen. Yang terbaru di Malaysia ialah air nano hidrogen selepas air mineral dan RO.

    RO < mineral < nano hidrogen

    ReplyDelete
  3. Tak Kisah Minum air kosong, lagipun sekarang dah banyak makanan tambahan seperti tablet-tablet, rumpai laut, vitamin c, yogurt, dan macam-macam lagi. Kenapa nak susahkan diri minum air yang ada klorin & tapisan boleh ditembusi kuman. Air R.O. Adalah air kedua terbaik dunia dan ramai saintis dah buat kajian tentang air tersebut. Kalau merbahaya dah lama air R.o tak boleh lepas pasaran dunia.

    ReplyDelete
  4. setuju 200% http://biopure2u.com/

    ReplyDelete
  5. salam.semak surah al-furqan ayat 49 .air yg turun dari lagi adalah air yg tulen sama nilai dgn air ro.

    ReplyDelete
  6. Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.............

    ReplyDelete
  7. ......Tak Kisah Minum air kosong, lagipun sekarang dah banyak makanan tambahan seperti tablet-tablet, rumpai laut, vitamin c, yogurt, dan macam-macam lagi.....

    Ini adalah kerja sia-sia...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum...

    Saya sekarang sedang membuat tesis dan kajian mengenai perbndingan air RO dan air biasa (air paip)mendapati bahawa air RO yang diproses hanya menyingkirkan sebanyak 95% kandungan benda asing di dalam air... Di dalam air RO juga mengandungi hanya H20 sahaja dan tiada sebarang bahan asing bukan organic yang membahayakan kesihatan seperti mangan, besi berat, dan sebgainya tertingal dalam air RO... saya mengaku bahawa air RO air yang mati namun sekiranya ia diambil, kita dapat mengelakkan pelbagai bahan asing bebahaya, klorin, florida, kuman dan virus dripada memasuki bdan kita....

    keburukan klorin dan florida membuktikan bahawa penggunaannya dalam kononnya memberi penambahbaikan kepada kualiti air adalah palsu.. kesan klorin akan menyebabkan kamandulan, kerosakan impulse saraf, mengurangkan metabilisme, menghasilkan kegnjilan kromosom, kelahiran yang cacat, kecacatan genetic dan DNA serta boleh menyebabkan kanser seperti kanser organ ginjal dan kulit...

    Tetapi air RO tidak dapat menyingkirkan kuman/bakteria dan virus di dalam air tersebut kerana kemampuannya yang terbatas... air yang 100% mutlak adalah air suling dan dakwaan bahawa air suling ini tiada mengadunggi oksigen adalah salah sama sekali... air dibina dengan dua agen kimia iaitu Hidrogen dan Oksigen jdi walau macam mana sekalipun tindakan yang digunakan oleh kita untuk menyingkirkan H20 itu tdi, ia tetap akan jadi air samaada air itu menjadi wap, solid(ais batu) dan sbgainya....

    ReplyDelete