" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Saturday, March 13, 2010

sahabat VS tanggungjawab

adakah anda semua pernah berada dalam situasi genting ini?
Bagaimana anda meredah rintangan ini hingga ke akhirnya?
Adakah sukar?

Sengaja saya memulakan kata-kata dengan beberapa persoalah diatas.Tujuan saya hanya untuk membawa anda supaya berfikir.Sahabat ialah teman yang selalu berada disamping kita dalam susah dan senang dan tanggungjawab pula merupakan amanah Allah buat diri kita.Secara khususnys,kedua-duanya adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita.Tapi bagaimana kita sebagai hamba biasa membawa kedua-dua amanah yang diberikan Allah itu seiring antara satu dengan yang lain.

Antara sahabat dan tanggungjawab, mana yang perlu diutamakan.Kadangkala saya sendiri keliru dan rungsing bila harus berhadapan dengan situasi yang sebegini rumit.Ada juga rasa nak lepaskan kedua-duanya.Tapi bila ingatkan itu dalah amanah..terpaksa dan redha untuk dipikul dan dibawa bersama dalam hidup.Kita tidak perlu untuk memilih anntara sahabat dan kerja kerana kedua-duanya perlu ada dalam diri kita.Kita yang harus matang dalam melalui liku-liku dalam hidup ini.Bila dalam diri ada rasa yakin akan Allah dan sahabat kita dan husnuzzon[sangkaan baik]kepada mereka ,maka apa saja rintangan dan pilihan akan kita tempuhi dengan tenang dan sebaiknya.Dalam menjalankan tanggungjawab, kita memerlukan bantuan dari seorang sahabat.Kita harus mengenali dan memahami sahabat kita.Barulah sesuatu organisasai atau tanggungjawab tertentu bakal ditempuhi dengan positif.

Konklusinya, bawalah kedua-duanya bersama dalam hidup kita. Kita yang membawa mereka, bukan mereka yang mengawal diri kita.Bilamana kita pikul keduanya dengan positif, maka feedback yang kita dapat juga positif.

No comments:

Post a Comment