" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Monday, March 15, 2010

Menahan Kemarahan



Kemarahan adalah sesuatu yang amat menyakitkan.Kalau boleh setiap manusia mahu menjauhi penyakit ini dari menular dalam susuk tubuh seseorang.Marah adalah sesuatu yang datang dari syaitan dan hawa nafsu.Kita perlulah kuat dan bermujahadah atau berperang dengan diri kita sendiri dalam menahan kemarahan.Sesorang yang dapat menahan kemarahan adalah seseorang yang kuat dalamannya.Orang yang paling baik adalah orang yang lambat marah dan apabila dia marah dia dapat menahan kemarahannya.
Kemarahan adalah satu sifat yang buruk.Kebiasaannya, seseorang yan marah akan mula lupa diri dan hilang pertimbangan.Segala apa yang dijaganya mungkin akan dilanggar.Sebagai contoh, si pemarah sebelumnya menjaga perkataannya atau ucapannya daripada mengeluarkan perkataan yang kesat dan kotor, tetapi apabila dilanda kemarahan maka segalanya terpancul di lidah.[berdasarkan pengalaman] Jadi fikir-fikirkanlah...
Apabila ada dikalangan kamu yang marah, maka hidanginya dengan air.Ini kerana kemarahan itu ibarat api dan apabila kita curahinya dengan air nescaya api yang berjinak-jinak untuk marak itu mulai terpadam.Selain itu, kita juga boleh terus mengambil air wudu' atau air sembahyang untuk menjinakkan kemarahan kita.Kembalilah kepada Allah yang Mengurniakan sesuatu apabila kita marah kerana kemarahan itu datangnya dari Allah s.w.t.Ianya mutlak dari Allah s.w.t.
Cubalah untuk menghakis sikap marah dalam diri kita hari demi hari agar dari kita tenang.Jadilah antara orang yang sabar.Kadangkala, Jika berlaku sebarang kemarahan kita akan menyebabkan banyak lagi kemarahan.Oleh itu, jadilah antara orang yang dapat mengawal kemarahan agar tiada lagi kemarahan lain yang bakal tercetus.

No comments:

Post a Comment