" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Wednesday, March 17, 2010

Cakap dan Buat

Dalam mengharungi hidup ni, benda paling mencabar sekali ialah nasihat dan peringatan.Kenapa mesti paling mencabar?kerana Allah telah berfirman dalam surah As-shaff :

"Wahai orang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
[ 2:61 ]
"Itu sangatlah dibenci isisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
[ 3:61 ]


Kadangkala, ada sesetengah insan yang lebih cenderung untuk tidak memberi peringatan kerana bimbang dan resah jika diri sendiri tidak dapat melakukan apa yang diperingatkan.Situasi sebegini kebiasaannya berlaku di sekolah dari kalangan pengawas, ketua-ketua organisasi dan lain-lain lagi. Tentu semua takut pada ancaman Allah dalam surah As-Shaff ayat 3.Kadangkala, ingin menegur sahabat untuk tidak sms dengan lelaki pun serba salah aatah lagi menyuruh teman memakai stokin ketika keluar dari rumah.Bukan apa, bimbang diri tidak dapat mengikuti kata -kata yang dilontarkan pada sahabat tadi.

Dalam masa yang sama, nasihat dan peringatan yang diberikan merupakan antara kekuatan untuk kita melakukan apa yang kita perkatakan.[secara hakiki kekuatan adalah dari Allah]Kalau dilihat-lihat memang macam pelik, tapi pada sesetengah orang mereka mengakuai bahawa ia salah satu punca kita boleh melakukan apa yang kita perkatakan sebagaimana ucapan kita.Kadang-kadang apabila kita tidak menegur, satu timbulnya satu keresahan dalam diri kita dan yang kedua kita akan rasa tiada satu taklif yang perlu kita laksanakan.

Kesimpulannya, tegur dan berpesan-pesanlah.Jangan risau jika kita tidak dapat melakukan apa yang kita perkatakan kerana apa yang berlaku pada masa akan datang adalah hak mutlak Allah.Bila kita dah nasihatkan orang berusahalah untuk improve diri kita dari masa ke semasa.paling penting kita ada usaha untuk lakukan apa yang kita dah katakan.Allah tahu keadaan hambanya.
Jadi Selamat Beramal!!!
Amar Makruf Nahi Munkar.

No comments:

Post a Comment