" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Monday, March 15, 2010

Apa bahan bacaan?



petikan dari karangan Ustazah "Atikah Hashim dalam A.T

Apa yang hendak dibaca semasa cuti?

  1. Al-Quran : bahan bacaan wajib setiap hari.Peruntukan waktu seperti selepas subuh atau selepas maghrib untuk membaca sekurang-kurangnya satu muka surat.4 hari bererti 40 muka surat.40 muka surat bererti 2 juzu'.Lebih baik lagi bacalah tafsiran dalam bahasa melayu seperti Tafsiran pimpinan Arrahman.Membaca dan memahami tafsiran adalah lebih utama dan baik.
  2. Hadis dan sirah : membaca sepotong hadis sehari.Tidak kira pendek atau panjang.Baca juga maknanya supaya kita faham maknanya.Juga belek-beleklah apa juga buku berkaitan Sirah nabi walaupun bukum kanak-kanak.Biar kita kenal nabi dengan betul-betul kenal.
  1. Buku-buku Akademik / Pelajaran: Inilah yang paling membosankan.Cuti pun kena baca ke?Fikir-fikirkanlah....perjuangan kita masih panjang.Jangan terlalu terbeban dan jangan tinggal langsung!Bahasa Melayu dan Inggeris contohnya boleh dikuasai secara santai dengan membaca akhbar, novel, artikel-artikel dan majalah.(tetapi pilihlah yang bermutu dan betul tatabahasanya)
  1. Bahan-bahan lain : Pilihlah buku-buku yang menari dan membina seperti Novel Sejarah terbitan PTS, novel remaja PTS, buku-buku motivasi dan pembangunan diri, novel -novel dari penulis yang mapan seperti Faisal Tehrani, Fatimah Syarha, Nisah Haron dll.Pilihlah buku-buku yang bermanfaat dan membina.Kita generasi rabbani!

No comments:

Post a Comment