" Tinta dan kalam ini bukan hanya untuk dikongsi sebagai tatapan dan perkongsian antara sahabat buat sahabat, tetapi tinta ini tumpahan hati buat hati yang ingin mencari kebesaran dan cinta Illahi. Setiap dari segmen hidup kita tersirat cinta dan kasih sayang Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan akal, mata dan nafsu semata. Fikir dan zikir "

Sunday, November 22, 2009


TIP – TIP DEKAT DENGAN ALLAH DI RUMAH

Ini adalah salah satu wasilah atau idea yang boleh kita kongsikan bersama sama. Dah tak lama lagi kita semua warga SMAKJ akan cuti panjang bukan ? tentunya persoalan dan kerisauan seperti “ kenapa kat asrama beleh buat ,tapi kat rumah tak boleh” atau mungkin anda semua sudah mengatur pelbagai perancangan untuk mgikut jadual seperti yang anda lakukan di sekolah ketika di rumah tapi….tak juga berhasil.kenapa hal macam ni berlaku?

Kawan kawan hal ini berlaku kerana ketika kita berada di sekolah mungkun kita semua melakukan amalan atau sesetengah aktiviti kerana hanya untuk mengikut peraturan dan sebagai tanggungjawab kita di asrama atau mungkin untuk mengelak diri daripada didenda..hal macam inilah yang menyebabkan tmbulnya perkara ni..kita hanya mendisplinkan didi kita kerana terpaksa bukan dengan pemahaman yang sebenarnya.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendat ni.ada sesetengah yang menngatakan hal ini berlaku kerana adanya halangan dan cabaran seperti handphone, computer, televisyen dan banyak lagi wadah teknologi yang kita nak kejar ketika kita dirumah.bagaimana nak bahagikan masa antara Allah dengan teknologi yang macam disebutkan tadi. Di sini , sebagai insan lemah dan anak merdeka saya juga turut ingin melayan benda yang macan ni..tapi macam mana nak dahulukan Allah tanpa mengetepikan banda benda ni semua.

Selama ini kita hanya didedahkan dengan komunikasi dengan Allah . sebenarnya selain komunikasi kita juga harus ada action atau daya pikit yang kreatif..kita semua budad dan pelajar yang pintar bukan ???.apa actiannya???
Harap nya dengan perkongsian tips ni dapatlah membantu anda semua ketika berada di rumah nanti.mungkin ianya agak kelakar atau kolot tapi belum cuba belum tahu. Ini juga mungkin beleh juga dikatakan sebagai low of attraction.

Tip 1
Nak solat awal???
Ketika anda tonton tv atau melayan internet cuba letakkan telekong anda di sebelah anda atau atas meja computer. Paling best anda layan benda tu semua dengan memakai telekong..


Tip 2
Nak baca quran kan??tapi macam mana?nak tengok tv juga!boleh apa salah nya.carannya ..
- anda boleh letakkan quran atas tv atau atas desk komputer atau beleh juga tampal memo seperti “baca quran vs tv mana penting “ atau apa apa idea yang kratif.dan tampalkan di kaca tv dan lain lain.Di sini tiada arahan untuk
kita semua lepaskan tv , radio, internet atau apapon.

Tip 3
Nak baca surah mulk before tidur ?Takut tak terbaca kat rumah.kat asrama pon ! senang sahaja..cuba anda letakkan Quran atau helaian surah mulk diatas bental di bilik anda atau anda boleh tampalkannya diatas kepala katil anda.InsyaAllah anda pasti dapat baca surah mulk setiap malam sebelum tidur…

Setakat ni ,munkin ni sahaja tips yang anda boleh gunakan, walau apapun sebenarnya bergantung pada inisiatif diri anda sendiri. Saya tak berhasrat untuk mengatakan kenapa tips yang saya syorkan harus macam yang telah saya nyatakan. Cubalah antunna cuba dulu. Sebarang testimoni, respon , persoalan bolehlah dihantar ke alamat hanisah_jamil@yahoo.com . mungkin banyak pengalaman atau tips lain yang bleh dikongsikan bersama. Wassalam..

No comments:

Post a Comment